Utusan Borneo (Sabah)

Pelancaran album lagu Bisaya di Beaufort

- Oleh YAP SIONG HAN

PELANCARAN album lagu Bisaya mampu meningkatk­an identiti komuniti itu di Sabah sekaligus diterima positif dalam kalangan etnik itu sendiri.

Siti Nursyafiqa­h Jesmi, 21, atau lebih dikenali sebagai Fiqah berkata album itu adalah yang pertama dilancarka­n dengan kerjasama serta sokongan daripada ahli keluargany­a.

“Saya berasa gembira dengan pelancaran album pertama saya dan berharap dapat diterima oleh komuniti Bisaya.

“Album ini mempunyai sembilan buah lagu dan ia juga boleh didapati dalam bentuk karaoke,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Beaufort, kelmarin.

Fiqah yang berasal dari Kuala Penyu mempunyai pengalaman menyanyi sejak kecil seperti menyertai rancangan realiti di TV9 dan pelbagai lagi rancangan.

Sementara itu, penerbit album lagu Bisaya Jesmi Ungkud berkata, kesemua sembilan buah lagu itu diciptanya sendiri dan juga bantuan daripada ahli keluarga.

Katanya, sokongan daripada masyarakat Bisaya adalah penting baginya dan juga artis itu sendiri agar terus bergiat cemerlang dalam dunia seni nyanyian.

“Untuk bulan yang pertama kami mensasarka­n jualan sebanyak 1000 unit di sini dan kejayaan yang dicapai ini sudah pasti akan melahirkan perancanga­n masa depan yang lebih berjaya.

“Lagu Bisaya agak kurang di Sabah, oleh itu tidak salah kita dari segi seni nyanyian ini menyumbang ke arah mempelbaga­ikan lagu dari komuniti ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha untuk menjejak penyanyipe­nyanyi Bisaya lain yang berbakat untuk bersamasam­a mengembang­kan lagu-lagu etnik itu.

Turut hadir merasmikan pelancaran album itu ialah Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

Dalam ucapan perasmiany­a, Lajim menyeru kepada semua masyarakat Bisaya agar jangan sesekali membiarkan perbezaan ideologi yang terdapat dalam komuniti itu menyebabka­n perpecahan dalam kalangan etnik itu sendiri.

Katanya, bagi mengekalka­n identiti Bisaya itu dalam kalangan masyarakat yang pelbagai etnik di Sabah adalah satu cabaran yang perlu ditempuhi bersama.

“Oleh itu, saya menyeru semua etnik Bisaya di sini agar sentiasa bersatu dan perlu saling bekerjasam­a dengan etnik-etnik lain di Sabah.

“Saya juga menggalakk­an ibubapa agar terus bercakap bahasa Bisaya kepada anak masing-masing agar mereka tidak lupa akan bahasa itu,” katanya.

 ??  ?? LAJIM (empat kiri) menerima cendera kenangan daripada salah seorang pencipta lagu, Mohamad Angkud sambil disaksikan Fiqah (tengah) dan juga tetamu kehormat lain. FIQAH ketika menyampaik­an salah sebuah lagu dari albumnya.
LAJIM (empat kiri) menerima cendera kenangan daripada salah seorang pencipta lagu, Mohamad Angkud sambil disaksikan Fiqah (tengah) dan juga tetamu kehormat lain. FIQAH ketika menyampaik­an salah sebuah lagu dari albumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia