Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Selangau acara perpaduan rakyat

-

SELANGAU: Pesta Selangau menjadi acara penting dalam usaha menyatupad­ukan masyarakat majmuk terutama penduduk Selangau.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berterima kasih kepada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) kerana menghidup semula penganjura­n Pesta Selangau kepada penduduk setempat.

“Inisangatp­entingkepa­dapihak berkuasa berkaitan di Selangau yang berusaha menganjurk­an apa sahaja program yang dapat membawa masyarakat berkumpul bersama.

“Di samping itu, ia juga membolehka­n masyarakat menjalanka­n perniagaan secara kecil- kecilan untuk menjana pendapatan mereka,” jelasnya ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Pesta Selangau di sini, semalam.

Masing berkata, acara itu bukan sahaja mempromosi­kan bazar Selangau, malah keseluruha­n kawasan Selangau kepada penduduk luar.

Memuji kejayaan penganjura­n Pesta Selangau, Masing berkata, beliau sendiri telah berkunjung ke Selangau beberapa kali, tetapi tidak pernah melihat begitu ramai orang hadir pada program seperti acara Pesta Selangau semalam.

“Ini adalah petanda baik dengan sokongan masyarakat setempat terhadap penganjura­n Pesta Selangau,” ujarnya yang juga Menteri Pembanguna­n Infastrukt­ur dan Pengangkut­an.

Menyentuh mengenai penganjura­n Cabaran Rakit Pesta Selangau yang julung kali diadakan, Masing berkata acara tersebut akan membawa masyarakat luar datang ke Selangau.

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluan, pengerusi penganjur Pesta Selangau Kaunselor Ho Kok Munting berkata, Pesta Selangau kali ini bertema ‘Seati, Sejalai.’

Beliau berkata, MDLBS berharap bazar Selangau dapat menjadi tarikan pelanconga­n kerana potensi Selangau yang terletak di lokasi strategik antara Mukah, Bintulu, Sibu.

Ujarnya, pelbagai aktiviti diadakan sempena Pesta Selangau termasuk pertanding­an ‘street soccer,’ pertanding­an nyanyian dan cabaran berakit.

Mengenai Cabaran Rakit Pesta Selangau, Ho berkata, setakat ini sebanyak 40 pasukan telah mengesahka­n penyertaan termasuk peserta luar negara dari Amerika Syarikat dan Jerman.

Pada majlis sama, Masing mengumumka­n peruntukan sebanyak RM20,000 untuk penganjura­n Pesta Selangau pada tahun depan.

Hadir sama ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Undang- Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai, AdunTamin Christophe­r Gira, Adun Balai Ringin Snowdan Lawan, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee dan Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai.

 ??  ?? MASING (dua kiri) menyumpit belon simbolik perasmian Pesta Selangau.
MASING (dua kiri) menyumpit belon simbolik perasmian Pesta Selangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia