Utusan Borneo (Sabah)

Peluang KB, KM kini seimbang

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kota Belud kehilangan kelebihan awal apabila tumpas 0-1 di tangan Tuaran di gelanggang sendiri pada saingan Kumpulan 1 Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Zon Borneo 1 kelmarin.

Jaringan tungggal kemenangan Tuaran dijaringka­n Mohd Reezam Rosli pada minit ke-34.

Kekalahan itu turut menyaksika­n kedudukan Kota Belud selaku pendahulu carta liga dirampas Kota Marudu yang membelasah Kudat 6-0 di gelanggang sendiri.

Kota Marudu dan Kota Belud kini masing- masing mengumpul 10 mata tetapi dijarakkan oleh perbezaan jaringan yang berpihak kepada Kota Marudu.

Tuaran dan Kudat sudah terkeluar daripada persaingan merebut tempat ke pusingan seterusnya yang hanya diperuntuk­kan kepada juara kumpulan. Tuaran kini mengumpul enam mata manakala Kudat satu mata dengan masing-masing hanya berbaki satu perlawanan.

Kedudukan itu terkini itu menjadikan perlawanan terakhir Kumpulan pada 17 Disember yang bakal mempertemu­kan Kota Marudu dan Kota Belud umpama perlawanan akhir kerana akan menentukan pasukan yang bakal ke pusingan seterusnya.

Sambil itu, dua lagi perlawanan akan berlangsun­g hari ini melibatkan Kumpulan II di mana pendahulu liga, Labuan akan menjadi tuan rumah kepada Sipitang dan Papar menjadi tuan rumah kepada Penampang.

Labuan akan menjadi pasukan pertama mengesahka­n tempat ke pusingan seterusnya andai dapat mengutip tiga mata penuh untuk jumlah 13 mata iaitu jumlah yang tidak mampu dipintas lagi oleh pesaingnya.

Papar adalah pesaing tunggal tetapi kini ketinggala­n empat mata di belakang yang bermakna Papar hanya berpeluang jika menang manakala Labuan tewas atau seri.

Pasukan dari dua kumpulan (Kumpulan III dan Kumpulan IV) lagi tidak terlibat dengan jadual perlawanan minggu ini.

Kumpulan III kini didahului pasukan Keningau dengan 12 mata diikuti Kota Kinabalu enam mata, Ranau dan Tenom yang masingmasi­ng telah mengumpul satu mata. Kota Kinabalu dan Ranau bagaimanap­un kurang satu perlawanan berbanding Keningau dan Tenom.

Kumpulan IV pula didahului Tawau dengan 12 mata diikuti Telupid tujuh mata, Sandakan tiga mata dan Kinabatang­an satu mata.

Juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya dan akan dipertemuk­an secara silang. Dua pasukan yang menang akan mewakili Zon Borneo 1 ke saingan peringkat kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia