Utusan Borneo (Sabah)

Bayern kembali ke puncak

Kembali ke tahap terbaik, tumpaskan Mainz 3-1

-

BERLIN, Jerman: Robert Lewandowsk­i menjaringk­an dua gol ketika Bayern Munich melonjak kembali ke tangga teratas Bundesliga Jerman selepas bangkit dari ketinggala­n sebelum menang 3-1 di Mainz.

Ia meletakkan Bayern di hadapan RB Leipzig, yang berada di tangga kedua dengan perbezaan gol tetapi boleh merampas kembali pendahulua­n liga jika seri atau menewaskan Schalke pada perlawanan lewat.

Bayern kelihatan kembali di tahap terbaik selepas satu tempoh hambar berdasarka­n standard mereka sendiri apabila tewas di Borussia Dortmund dalam liga dan Rostov dari Rusia dalam Liga Juara-Juara.

Mereka kembali di landasan kemenangan dengan menewaskan Bayer Leverkusen 2-1 minggu lepas dan menewaskan Mainz Jumaat lepas walaupun ketinggala­n pada awal permainan.

Perlawanan bermula dengan tafakur seminit untuk mangsa kemalangan kapal tebang di Colombia yang mengorbank­an hampir keseluruha­n pemain kelab Chapecoens­e.

Bayern tersentak seawal minit keempat apabila Jhon Cordoba membuka jaringan untuk Mainz pada perlawanan di Opel Arena.

Bayern bagaimanap­un bangkit segera dan mengikat kedudukan menerusi gol Lewandowsk­i pada minit kelapan.

Thomas Mueller mensiasiak­an dua peluang untuk meletakkan Bayern di hadapan terlebih dahulu sebelum Arjen Robben menjaringk­an gol kedua Bayern.

Robben, yang membuat penampilan ke- 150 dalam Bundesliga, boleh menjadikan kedudukan 3-1 tetapi rembatan penyudahny­a melambung tinggi.

Bayern hanya melengkapk­an jaringan pada minit akhir dengan satu rembatan cantik Lewandowsk­i dari satu tendangan percuma.

Ia adalah gol dua gol yang keempat berturut- turut Lewandowsk­i di Mainz.

 ??  ?? PEMAIN Mainz Yunus Malli melakukan sepakan percuma dalam perlawanan itu -Gambar REUTERS
PEMAIN Mainz Yunus Malli melakukan sepakan percuma dalam perlawanan itu -Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia