Utusan Borneo (Sabah)

Tidak gadai kedaulatan negara untuk tarik pelabur asing

-

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan sama sekali menggadaik­an kedaulatan negara untuk menarik pelaburan asing dan meminta supaya perkara tersebut tidak dipolitikk­an.

Najib berkata pemergian beliau ke China baru-baru ini adalah semata- mata untuk menarik pelaburan baharu dari ekonomi kedua terbesar dunia itu dan juga sebagai satu usaha untuk meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi negara.

“Bila masa saya gadaikan kedaulatan Malaysia? Saya Perdana Menteri, saya tak boleh serahkan kedaulatan negara, Presiden Xi Jinping tahu dan saya akan pertahanka­n ( kedaulatan negara).

“Soal kita buat baik dengan China apa salahnya? China suka kita... satu sebab adalah kerana Tun Razak buat hubungan politik pertama dari rantau ini dengan China pada tahun 1974,” kata beliau dalam ucapan penggulung­an Presiden pada akhir Perhimpuna­n Agung Umno 2016, kelmarin.

Najib berkata usaha menarik pelaburan dan Transforma­si Nasional 2050 adalah antara usaha untuk meletakkan Malaysia menjadi ‘first rate nation’ (negara kelas pertama).

“Kita mesti ada satu matlamat untuk Malaysia. Kita mesti sekurangku­rangnya berada dalam kalangan 20 negara terbaik di dunia nanti. Jangan orang perlekehka­n Malaysia. Kita memang boleh menjadi negara kelas pertama,” kata Najib.

Beliau turut menyasarka­n ekonomi Malaysia berkembang ke RM2 trilion dari kadar semasa sebanyak RM1.3 trilion dalam masa tujuh tahun akan datang, dibantu oleh projek berimpak tinggi seperti perkhidmat­an Mass Rapid Transit dan Lebuhraya Pan Borneo.

“Saya sebagai ketua kerajaan mahu RM1.3 trilion ini berkembang ke tahap RM2 trilion dan kalau ikut perkiraan, pertumbuha­n ekonomi pada kadar lima peratus setahun, sasaran ini akan tercapai dalam masa tujuh atau lapan tahun akan datang,” katanya.

Najib berkata pendapatan per kapita dan peluang pekerjaan akan turut berkembang seiring dengan pertumbuha­n ekonomi.

“Inilah strategi dalam menjadikan kaum Melayu kompetitif dan global,” tegas Perdana Menteri. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia