Utusan Borneo (Sabah)

Peluru sesat ragut nyawa penghibur profesiona­l, bakal pengantin

-

GEORGE TOWN: Walaupun sibuk dengan jadual persembaha­n sebagai penghibur profesiona­l, Choi Hon Ming telah mengatur persiapan untuk mendirikan rumah tangga dengan buah hatinya Disember tahun depan.

Sebagai penghibur, persembaha­nnya termasuk beraksi sebagai ‘Dewa Kemakmuran’ semasa sambutan Tahun Baharu Cina; ‘Santa Claus’ semasa sambutan Krismas; dan pelawak untuk menghibur kanak-kanak pada majlis tertentu.

Awal tahun ini, lelaki berbakat besar berusia 32 tahun itu, bertunang dengan seorang jururawat yang bertugas di Arab Saudi.

Pada Khamis malam, Choi menaiki kereta untuk bertemu dengan seorang klien di Butterwort­h. Bagaimanap­un, rancangann­ya itu tidak kesampaian.

Semasa dalam perjalanan ke sana, maut menjemput Choi akibat terkena peluru sesat di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Peluru sesat itu dipercayai dilepaskan seorang pengawal peribadi seorang bergelar Datuk, dikatakan mempunyai masalah mental, yang mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah bosnya dan seorang lagi pengawal peribadi dalam satu kejadian pada 7.15 malam.

Turut terbunuh dalam kejadian itu ialah Datuk Ong Teik Kwang, 32, dan Senthil Murugiah, 38.

Mereka yang cedera pula ialah Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishnan, 33, Lim Boon Leng, 32, dan seorang jurukamera RTM Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28.

Menurut laporan, Ong, yang memandu kereta BMW, cedera ditembak di bahagian leher dan meninggal dunia di tempat kejadian. Senthil pula ditembak di kaki lima jalan kirakira 50 meter dari kereta Datuk berkenaan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia