Utusan Borneo (Sabah)

Enam peserta akhir Gegar Vaganza 3 berebut kejuaraan malam ini

-

PROGRAM nyanyian paling panas pada waktu ini, Gegar Vaganza 3 (GV3) akan melabuhkan tirainya malam ini dengan Azharina, Intan Sarafina, Siti Sarah, Ameng Spring, Gmie Screen dan Zarul Umbrella bakal bersaing merebut tempat pertama.

Untuk konsert akhir malam ini, kesemua bintang GV3 bakal mendendang­kan dua buah lagu berbeza yang bakal digabungka­n menjadi satu lagu ataupun ‘medley’.

Sama seperti sebelumnya, konsert akhir GV3 akan bersiaran secara langsung bermula jam 9 malam eksklusif di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Untuk konsert akhir pada malam ini, Azharina akan menyanyika­n lagu ‘Mama aku ingin pulang’ dan ‘Izinkanlah’, Zarul Umbrella (‘Gerhana’ & ‘Dendangan laguku’), Siti Sarah (‘I will always love you’ & ‘Matahariku’), Intan Sarafina (‘Sedetik lebih’ & ‘Kemelut di muara kasih’), Ameng Spring (‘Bougainvil­la’ & ‘Romantis’) dan Gmie Screen (‘Salam terakhir’ & ‘Bila bulan berwarna biru’).

Sementara itu, hos GV3 Jihan Musa dan Nabil Ahmad akan menyanyika­n lagu ‘Polaroid’.

Konsert separuh akhir yang bertemakan ‘Pilihan Media’ pada minggu lepas menyaksika­n Nora tersingkir selepas beberapa kali berdepan dengan kontrovers­i mengenai lagu sehingga beliau dikutuk oleh netizen.

Dalam konsert itu, Nora dan enam bintang GV3 yang lain masing-masing menyanyika­n dua lagu dengan satu daripadany­a adalah lagu duet bersama artis undangan.

Selepas dikecam dalam media sosial minggu lalu kerana menolak lagu pilihan media ‘All I Ask’ nyanyian Adele dan memilih lagu sendiri ‘Sandiwara’, Nora akhirnya menyahut cabaran media apabila menyanyika­n kedua-dua lagu tersebut secara medley dalam persembaha­n solonya.

Dalam persembaha­n duetnya pula, Nora menyanyika­n lagu ‘Laguku Untukmu’ nyanyian asal Meet Uncle Hussein, bersama penyanyi undangan Aizat Amdan.

Selain Nora, bintang lain yang gagal mara ke pentas akhir adalah Zur Eda, Shidi Data, Elly Mazlein, Rem dan juga Razis Ismail.

Juara GV3 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 dan trofi.

Manakala pemenang tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000, RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi dan hadiah sampingan.

Untuk mengetahui siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara, jangan lupa untuk menonton konsert akhir GV3 yang akan bersiaran secara langsung malam ini hanya di Astro.

Selain siaran secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123), GV3 juga boleh ditonton secara online di www.gegarvagan­za. com.my atau rasai pengalaman berbeza dengan menonton malam kemuncak GV3 di beberapa panggung TGV yang terpilih.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AMENG SPRING
AMENG SPRING
 ??  ?? GMIE SCREEN
GMIE SCREEN
 ??  ?? AZHARINA
AZHARINA
 ??  ?? ZARUL UMBRELLA
ZARUL UMBRELLA
 ??  ?? SITI SARAH
SITI SARAH
 ??  ?? INTAN SARAFINA
INTAN SARAFINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia