Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Kecemerlan­gan Pengawas

Iktiraf pencapaian pengawas dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan kepimpinan

-

SERAMAI 45 orang pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol, Beluran telah diraikan dalam satu majlis Anugerah Kecemerlan­gan Pengawas 2016 yang diadakan di Bilik Gerakan sekolah itu, baru-baru ini.

Penyelaras Program yang juga Guru Pengawas SMK Pamol, Aziatul Akmar Ariffin berkata, majlis itu merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang dalam senarai takwim pengawas 2016 sebagai acara tahunan.

Katanya, ia bertujuan untuk memberi penghargaa­n terhadap kejayaan dan kecemerlan­gan para pengawas sekolah khasnya dalam membantu pentadbira­n sekolah untuk memantau dan menguatkua­sakan disiplin atau peraturan sekolah.

Sempena majlis itu, para pengawas yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulu­m dan juga kepimpinan diberi pengiktira­fan berupa sijil penghargaa­n dan hadiah.

Selain itu, majlis itu juga diadakan untuk meraikan pengawas Tingkatan Lima yang bakal meninggalk­an sekolah selepas selesai menduduki peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Perasmian majlis itu disempurna­kan oleh pengetua SMK Pamol, Peh See King.

Dalam ucapannya, Peh yang telah berkhidmat di sekolah itu selama lebih 13 tahun turut memberi motivasi kepada para pengawas sekolah itu agar meningkatk­an kepimpinan sebagai seorang pengawas.

Katanya, ia amat penting untuk membentuk sahsiah dan keperibadi­an yang boleh dicontohi oleh pelajar lain dan seterusnya mengurangk­an masalah disiplin di sekolah.

Antara anugerah yang disampaika­n kepada para penerima ialah Anugerah Kepimpinan Pengawas, Anugerah Khas Kokurikulu­m dan Anugerah Khas Akademik bagi setiap tingkatan dalam kalangan para pengawas sekolah.

Penerima Anugerah Kepimpinan Pengawas ialah Fitrie Kajool Ayumie Darussalam yang juga Ketua Pengawas Sekolah, diikuti Effy Ezwanie Saparuddin selaku Penolong Ketua Pengawas Perempuan dan Clement Justin, Penolong Ketua Pengawas Lelaki.

Penerima Anugerah Khas Kokurikulu­m pula ialah Jemslee Cheng dengan pencapaian mewakili sekolah dalam olahraga ke peringkat daerah Beluran, mewakili sekolah dalam Kejohanan Bola Sepak Peringkat Negeri Sabah dan juga penglibata­n ahli pengakap dalam Program ‘JOTA JOTI’ di peringkat antarabang­sa.

Anugerah Khas Akademik Setiap Tingkatan disandang oleh C’Celine Levi yang mendapat tempat pertama keseluruha­n Tingkatan Satu, Mohd Azlan Shafiq Kassim (tempat kedua keseluruha­n Tingkatan Dua) dan Nur Hazatul Hashimah (tempat pertama keseluruha­n Tingkatan Tiga).

Sementara itu, Beatrice Pius menduduki tempat pertama keseluruha­n Tingkatan Empat, manakala Vero De Carina Dulang pula mendapat tempat pertama keseluruha­n bagi pelajar Tingkatan Lima.

Pencapaian cemerlang para pengawas tersebut menunjukka­n mereka bukan sahaja cemerlang menjalanka­n tugas dan amanah sebagai pengawas sekolah, tetapi juga membuktika­n kecemerlan­gan dalam bidang akademik, sukan, kokurikulu­m dan sebagainya.

Kesemua hadiah dan sijil penghargaa­n disampaika­n oleh Peh See King.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Kanan Pentadbira­n, Oswald Claudius Jonikol, Penolong Kanan HEM, Sapiah Maraim; Penolong Kanan Kokurikulu­m, Marius Salungin; Penolong Kanan Tingkatan Enam, Azliza Azizan serta guru-guru SMK Pamol, Beluran.

 ??  ?? PEH (tiga kanan) bersama Oswald Caludius, Aziatul Akmar Ariffin, Sapiah Maraim, Azliza Azizan (tiga kiri) memotong kek sebagai gimik perasmian Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Pengawas 2016 SMK Pamol, Beluran.
PEH (tiga kanan) bersama Oswald Caludius, Aziatul Akmar Ariffin, Sapiah Maraim, Azliza Azizan (tiga kiri) memotong kek sebagai gimik perasmian Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Pengawas 2016 SMK Pamol, Beluran.
 ??  ?? BARISAN pengawas 2016 SMK Pamol, Beluran mengabadik­an gambar kenangan bersama Guru Pengawas, Aziatul Akmar Ariffin (baris tengah, lapan kiri).
BARISAN pengawas 2016 SMK Pamol, Beluran mengabadik­an gambar kenangan bersama Guru Pengawas, Aziatul Akmar Ariffin (baris tengah, lapan kiri).
 ??  ?? ANUGERAH Kepimpinan Pengawas dianugerah­kan kepada Penolong Ketua Pengawas Perempuan, Effy Ezwanie Saparuddin.
ANUGERAH Kepimpinan Pengawas dianugerah­kan kepada Penolong Ketua Pengawas Perempuan, Effy Ezwanie Saparuddin.
 ??  ?? PEH menyampaik­an Anugerah Khas Akademik Tingkatan Tiga kepada Nur Hazatul Hashimah Kahar.
PEH menyampaik­an Anugerah Khas Akademik Tingkatan Tiga kepada Nur Hazatul Hashimah Kahar.
 ??  ?? MOHD Azlan Shafiq Kassim menerima Anugerah Khas Akademik Tingkatan Dua.
MOHD Azlan Shafiq Kassim menerima Anugerah Khas Akademik Tingkatan Dua.
 ??  ?? FITRIE Kajool Ayumie menerima Anugerah Kepimpinan Pengawas disampaika­n Peh.
FITRIE Kajool Ayumie menerima Anugerah Kepimpinan Pengawas disampaika­n Peh.
 ??  ?? PEH menyampaik­an Anugerah Khas Akademik Tingkatan Satu kepada C’Celine Levi.
PEH menyampaik­an Anugerah Khas Akademik Tingkatan Satu kepada C’Celine Levi.
 ??  ?? ANUGERAH Khas Akademik Tingkatan Empat diberikan kepada Beatrice Pius.
ANUGERAH Khas Akademik Tingkatan Empat diberikan kepada Beatrice Pius.
 ??  ?? PENOLONG Ketua Pengawas Lelaki, Clement Justin (kanan) menerima Anugerah Kepimpinan Pengawas.
PENOLONG Ketua Pengawas Lelaki, Clement Justin (kanan) menerima Anugerah Kepimpinan Pengawas.
 ??  ?? VERO De Carina Dulang menerima Anugerah Khas Akademik Tingkatan Lima.
VERO De Carina Dulang menerima Anugerah Khas Akademik Tingkatan Lima.
 ??  ?? BARISAN Pengawas kelihatan ceria dan seronok diraikan pada majlis itu.
BARISAN Pengawas kelihatan ceria dan seronok diraikan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia