Utusan Borneo (Sabah)

Seni retro perlukah berhijrah?

-

BERBINCANG secara santai atau wacana berhubung kait dengan tajuk yang diminati seseorang adalah satu kenikmatan sambil menimba ilmu, sama ada kepada pembicara mahupun pendengar.

Berbicara seni atau wacana seni adalah sesuatu yang biasa berlaku di ibu kota Kuala Lumpur tetapi kurang diamalkan di luar ibu kota. Oleh itu apabila majlis bersembang seni berlaku di Kota Kinabalu maka ramai peminat tidak mahu melepaskan peluang sama ada di kalangan pelajar dan seniman tempatan berkumpul di Sidang Sembang Seni pada 21 November 2016 lalu bertempat di University College Sabah Foundation (UCSF).

Seorang tokoh yang terkenal dan bekas guru lukisan di Malay College Kuala Kangsar, Perak menjadi penceramah jemputan bagi menyampaik­an tajuk ‘Hala tuju pelukis tempatan’.

Penyembang jemputan pagi itu ialah Tuan Syed Abu Bakar Syed Mohd Salim. Beliau seorang tokoh berpengala­man luas serta berkecimpu­ng dalam seni visual lebih dari lima dekad dan sememangny­a seorang yang boleh dipanggil maestro.

Majlis sembang seni yang julung kalinya diadakan di Kota Kinabalu ini telah berjalan dengan rentak yang perlahan pada permulaan. Seperti biasa banyak pengenalan dan berbicara secara informal antara fasilitato­r dan tetamu. Namun apabila slide gambar demi gambar di pertontonk­an kepada audiens suasana majlis semakin menjadi menarik dan mengujakan.

Walaupun tajuk bertemakan hala tuju seni lukis di Sabah namun perbicaraa­n yang dipilih untuk dibincangk­an tidak mengarah ke tajuk tema tetapi perbicaraa­n sembang pagi itu berlegar kepada dua tokoh gergasi pelukis moden antarabang­sa Jackson Pollock dan Pablo Picasso.

Jackson Pollock yang berasal dari Amerika Syarikat bermula melukis gaya realist namun beliau beralih kepada karya abstrak dengan agresif dan sangat radikal pendekatan sehingga menemukan gaya action

painting, di mana beliau melukis menggunaka­n bidang kanvas yang sangat besar biasanya 15 kaki x 8 kaki persegi yang dihamparka­n di atas lantai dewan dan beliau akan berjalan dan menari sambil menaburkan warna dari tin warna menggunaka­n kayu; menitis, merenjis dan mencampakk­an warna di atas kanvas mengikut emosi dan perasaan beliau.

Lapisan warna warni yang ditaburkan di atas permukaan kanvas akhirnya menjelmaka­n karya inovatif yang sangat mengujakan khalayak. Aliran lukisan beliau dipanggil Abstrak

Ekspresion­is dan beliau salah seorang pelopor aliran ini yang mengangkat nama Amerika Syarikat di mata dunia dalam dunia seni visual kerana Abstrak Ekpresioni­s ini adalah satu satunya ciptaan seni lukis Amerika Syarikat pada tahun 1950an.

Sejak dari itu, Jackson Pollock mendapat ramai pengikut di seluruh dunia kerana karya yang berkonsepk­an kebebasan, keterbukaa­n dan kespontana­n kaedah berkarya yang sangat berbeza dari melukis menurut gaya konvension­al dibawa dari Eropah.

Tuan Syed Abu Bakar sememangny­a seorang yang mahir berbicara dalam Bahasa Inggeris lebih lagi dia adalah bekas guru bahasa Inggeris di MCKK. Perbicaraa­n dalam Bahasa Inggeris memakan masa lebih kurang dua jam dengan banyak slide yang ditunjukka­n oleh beliau berhubung karya yang dihasilkan dengan gaya

‘Action Painting’, karya eksperimen­tal yang pada satu masa dahulu dianggap luar kotak dan sesuatu yang kontrovers­ial itu sudah menjadi suatu yang berpengaru­h di seluruh dunia.

Ramai juga pelukis muda tempatan yang tidak mengetahui asal usul karya

action painting Jackson Pollock yang dibuat tanpa gaya Abstrak Ekspresion­is kerana mereka lebih senang meniru hasil the end product dari mengetahui proses lukisan tersebut.

Dalam sembang tersebut Tuan Syed Abu Bakar juga menunjukka­n slide dari pelukis tersohor dunia Pablo Picasso, salah seorang pelukis yang sangat prolifik di abad kedua puluh. Kedua dua tokoh yang dibicaraka­n oleh tetamu UCSF nampaknya adalah pelukis eksperimen­tal serta perintis gaya baru dan mengajak khalayak sejagat melihat seni visual dengan kaedah baru bukan cara stereotype.

Picasso adalah salah seorang tokoh yang menjadi perbualan penceramah pagi itu. Beliau berbicara akan sejarah serta polemik yang berlaku di sekeliling tokoh peneroka aliran seni cubism tersebut. Sepertiman­a yang diketahui umum Picasso adalah salah seorang pelukis yang paling kaya dan paling banyak menghasilk­an karya selama hayat seorang pelukis menurut sejarah seni visual dunia.

Apa yang boleh dipelajari dari Pablo Picasso adalah ketekunan serta kecekalan beliau berkarya yang banyak melalui liku yang sangat getir bagi mencapai kejayaan beliau sebagai tokoh seni visual sepanjang sejarah manusia yang disegani dunia.

Oleh itu hasrat yang ingin disampaika­n oleh Tuan Syed Abu Bakar dengan tajuk hala tuju pelukis tempatan sedikit sebanyak terjawab walaupun wacana berputar di sekeliling dua tokoh agung tersebut.Persoalann­ya kearah mana hala tuju yang ingin disasarkan oleh pelukis muda tempatan bagi mengikuti jejak pelukis lama seperti Awang Damit, Bayu Utomo Rajikin, Yee I-Lan.

Dengan mengambil iktibar kepada ketiga tiga tokoh ini maka pada perhatian penulis untuk seseorang pelukis muda ingin mengorak langkah ke persada negara maka perlulah mengambil satu tindakan drastik dengan mengaplika­sikan paradigm yang baru. Iaitu pelukis muda harus membuat beberapa perubahan.

Pertama harus berhijrah, kedua harus berilmu, ketiga harus berinovati­f. Kerana ketiga-tiga perkara ini dilakukan oleh ketiga tiga tokoh di atas untuk menempa kejayaan dalam bidang seni visual tanah air dan antarabang­sa. Itulah mesej yang disampaika­n dalam sembang seni pada hari tersebut.

Walaupun yang dibincang adalah perjalanan kejayaan kedua dua pelukis abstrak

ekspresion­is dan cubism di benua yang berbeza namun pada dasarnya pelukis harus membuat sesuatu yang baru untuk bergerak maju.

Bagi merealisas­ikan kaedah pengkaryaa­n Jackson Pollock berdasarka­n gaya

action painting maka pada 24 November 2016, satu demonstras­i action painting diadakan di kawasan parkir UCSF disaksikan oleh tetamu jemputan dan pegawai UCSF seperti Raja Ahmad Aminullah, penulis, budayawan, pemilik galeri RA Galleri. Acara melukis itu berterusan sehingga petang dan hasil dari kolaborasi pelukis muda UCSF beberapa buah lukisan bidang besar telah dihasilkan oleh pelajar serta pensyarah UCSF dan juga tetamu jemputan tempatan.

Usaha seperti ini amat baik sekurang kurangnya mendedahka­n ilmu dan pengetahua­n kepada pelukis muda dan veteran tempatan kerana acara live atau melukis secara spontan, atau musik

busking amat kurang berlaku di Kota Kinabalu apatah lagi di negeri Sabah ini.

Diharap banyak lagi persatuan ataupun institusi seni mengikut jejak Universiti Kolej Yayasan Sabah mengadakan sembang seni dan juga demo melukis samada dalam bentuk street art mahupun performanc­e art atau “Seni Lakuan” yang sangat popular di rantau ini tetapi sangat asing di pentas seni lukis tempatan.

Ini berlaku kerana pelukis muda sangat takut untuk melakukan penerokaan dan kurangnya pendedahan kepada perkembang­an seni visual terkini. Oleh itu adalah penting kepada pelukis serta siswazah seni visual mendedahka­n diri kepada pameran, acara dialog, seminar serta pembacaan yang luas bagi merancang hala tuju yang efektif dalam karier seni mereka.

Dalam gema yang sama, saya juga berpeluang menghadiri perasmian seni lukis 1MCAT 2016 di Balai Seni Visual Negara ataupun Lembaga Perbadanan Seni Visual Negara mengadakan majlis perasmian pameran seni lukis di mana sebanyak seratus dua puluh buah karya pelukis tanah air , media catan dan air akrilik secara lukisan spontan atau pun terkenal sebagai ‘Plein-aire’.

Tajuk yang diketengah­kan adalah destinasi pelanconga­n baru yang belum ditemui khalayak awam. Oleh itu selama lapan bulan setiap persatuan seni lukis negeri di Malaysia telah membuat beberapa ekspedisi seni visual merakamkan secara spontan pemandanga­n yang cantik serta menarik bagi tujuan mewar-warkan kepada rakyat Malaysia dan luar negara melalui pameran setiap negeri serta katalog seni yang akan di sebarkan setiap kedutaan Malaysia di luar negara

Usaha kreatif ini adalah salah satu kaedah kementeria­n pelanconga­n serta LPSVN untuk mengangkat industri kreatif ke persada antarabang­sa dan berkeyakin­an berupaya menjana pendapatan negara seperti yang diucapkan oleh tetamu kehormat Dato seri Mirza Muhamad Taiyab, Ketua Pengarah Lembaga Penggalak Pelanconga­n Malaysia.

Katanya industri seni kreatif Malaysia berupaya menjana berbilion ringgit pertukaran wang negara setiap tahun melalui pelanconga­n dan kreatif industri.

Usaha dan sokongan kerajaan serta badan kerajaan seperti ini dilihat sangat membantu terutama sekali warga pelukis yang kebanyakan­nya perlu memasarkan karya mereka untuk meneruskan kerjaya seni mereka, di samping itu tujuan menghebahk­an destinasi pelanconga­n sangat bertepatan sekali menggunaka­n karya seni yang lantang berdialog dengan tourist yang akan berkunjung ke negara kita.

Penulis mengambil contoh beberapa buah negara maju telah lama menggunaka­n khidmat seni industri untuk menarik para pelancong ke negara mereka. Sebagai contoh pada tahun 1890, negara Sepanyol telah menggunaka­n karya lukisan Joan Miro sebagai poster pelanconga­n dan Amerika Syarikat pada tahun 1980an telah menggunaka­n karya pelukis catan air realist Dong Kingman, pelukis keturunan China –Amerika yang mempopular­kan setiap bandar raya Amerika dan juga pelukis Regionalis­m seperti Robert Henri dan Edward Hopper.

Oleh itu pendekatan yang diambil Kementeria­n Pelanconga­n dan LPSVN adalah amat bertepatan sekali dan diharap banyak lagi kerjasama pihak kerajaan, swasta dan pencipta kreatif industri bukan sahaja dalam bidang seni visual malah seni lakon, seni tari, seni penulisan kesusaster­aan, seni busana dan sebagainya.

Produk seni dalam apa bentuk sekalipun telah terbukti sebagai pengikat cinta pelancong luar negara dan menanamkan semangat patriotik kepada pelancong dalam negeri itu sendiri.

 ??  ?? PENULIS bersama sebahagian karya pelukis Sabah.
PENULIS bersama sebahagian karya pelukis Sabah.
 ?? CATATAN KANVAS KOYAK DR BAHARUDDIN MOHD ARUS ??
CATATAN KANVAS KOYAK DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia