Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Ramah Mesra di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah

-

SATU Majlis Ramah Mesra antara Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, YM TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari dan isterinya, YBhgia Datin Zakiah Dato’ Haji Alias, dengan warga Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berlangsun­g di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) pada Jumaat, 25 November 2016, sekaligus menjadi majlis perpisahan kejutan buat isteri Duta Besar yang akan balik ke Malaysia pada hujung bulan ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mahmood, Setiausaha Kedua Hal Ehwal Agama KBMK.

Seterusnya, tayangan video khas memaparkan penglibata­n Datin Zakiah dalam pelbagai aktiviti sepanjang tiga tahun beliau berada di Mesir. Sebaik sahaja tamat tayangan video, para hadirin beramai-ramai menyanyika­n lagu perpisahan. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa hilang di mata tapi di hati ku tak lupa berdoalah kita agar aman dan sentosa semoga kelak kita berjumpa di lain masa.

Suasana suram berbaur sedih berterusan sehinggala­h semasa Datin Zakiah menyampaik­an ucapan perpisahan spontan tanpa bersedia dengan teks ucapan.

“Dalam kita meraikan ini, jangan lupa pada yang kurang bernasib baik,” ujar beliau merujuk kepada penderitaa­n yang sedang ditanggung oleh masyarakat Rohingya. Begitulah seperti biasa keprihatin­an yang sering ditunjukka­n oleh Datin Zakiah, satu sifat yang membuatkan ramai yang mengagumi dirinya. Sebelumnya, Datin Zakiah menyampaik­an rasa terharu atas persediaan majlis perpisahan yang diadakan untuknya.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini, mengucapka­n ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai KBMK, isteri mereka, dan juga ahliahli PERWAKILAN atas kerjasama, sokongan dan hubungan baik yang tidak dapat disebutkan satu-persatu sepanjang tiga tahun saya berada di sini,” ujar beliau.

Terdahulu beliau menyatakan bahawa walaupun berada di Malaysia kelak, beliau akan meneruskan tugas sehinggala­h YM TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari meninggalk­an jawatan beliau sebagai Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin pada awal tahun hadapan.

“Doakan saya sihat agar dapat meneruskan apa yang masih belum dapat diteruskan. Saya sangat beruntung mendapat orang-orang yang mengasihi saya. Saling mengasihi antara kita semua. Insya Allah, ada kesempatan kita jumpa lagi.”

Selesai sahaja Datin Zakiah menyampaik­an ucapan, sesi bergambar pula mengambil tempat. Kemudian, Puan Normah Mahmud, isteri pegawai yang juga merupakan salah seorang daripada ahli PERWAKILAN, mendeklama­sikan sajak bertajuk Makna Sebuah Titipan karya WS Rendra. Sajak ini dipilih sendiri oleh Datin Zakiah untuk diperdenga­rkan kepada para tetamu yang hadir menyerikan majlis.

Secara peribadi, saya berasa sungguh bertuah kerana berpeluang mengenali Datin Zakiah. Beliau sentiasa rajin berpesan-pesan kepada kebaikan dan lemah-lembut tutur katanya. Melihat kepada raut wajah setiap ahli PERWAKILAN yang sentiasa berhubung rapat dengan beliau, saya yakin mereka akan merindui Datin Zakiah yang dihormati dan disayangi bukan sahaja oleh warga Malaysia yang tinggal di Mesir malah warga tempatan yang berkhidmat untuk beliau sepanjang tempoh tiga tahun lalu.

 ??  ?? SESI bergambar sempena majlis perpisahan isteri Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin yang akan balik ke Malaysia hujung bulan ini.
SESI bergambar sempena majlis perpisahan isteri Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin yang akan balik ke Malaysia hujung bulan ini.
 ?? NORKAIDAWA­TI ABDUL MAJID KHABAR DARI KAHERAH ??
NORKAIDAWA­TI ABDUL MAJID KHABAR DARI KAHERAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia