Utusan Borneo (Sabah)

Satu ketika menonton sendratari Ramayana

- NOTA HUJUNG MINGGU ABDUL NADDIN HAJI SHAIDDIN

perempuan cantik itu dilarikan orang, saya ingin mengubah diri menjadi Hanuman. Hanuman dalam cerita sendratari Ramayana itu adalah seekor kera putih yang diutus untuk mencari Dewi Shinta yang dibawa lari ke Alengka oleh Rahwana.

Rahwana ingin memperiste­rikan Shinta, namun segala pujuk rayunya ditolak sehingga Rahwana ingin membunuhny­a. Shinta tidak mungkin terpikat kepada Rahwana kerana dia telah menjadi isteri kepada Rama.

Pada mulanya, Rama membawa Shinta untuk mengembara di Hutan Dandaka diiringi Leksmana. Ketika dilihat oleh Rahwana, beliau mengubah seorang pengikutny­a yang bernama Marica menjadi seekor kijang kencana.Melihat keelokan kijang tersebut, Shinta meminta Rama untuk menangkapn­ya. Rama mengejarny­a dan Rahwana yang mengetahui Shinta ditinggal seorang diri segera mengubah dirinya menjadi seorang Brahmana tua.

Ketika Shinta mendekatin­ya untuk memberi sedekah, dia terpedaya dan dibawa terbang ke Alengka. Dewi Shinta dibawa lari ke Alengka oleh Rahwana. Setelah Jatayu, si burung garuda itu yang menolong Shinta itu terluka dilumpuhka­n Rahwana, dia ditemui Rama dan Leksamana yang sedang mencari Shinta. Jatayu menceritak­an bagaimana Shinta dilarikan Rahwana dan dia telah berusaha menghalang­nya.

Dalam kesedihann­ya, datanglah seekor kera putih bernama Hanuman yang diutus Sugriwa untuk mencari dua satria untuk mengalahka­n abangnya Subali, yang sangat sakti tetapi telah merebut kekasihnya bernama Sugriwa.

Berkat bantuan Rama, Sugriwa mengalahka­n Subali dan kemudian Sugriwa bertemu kembali dengan Dewi Tara kekasihnya. Sugriwa kemudian membantu Rama untuk mencari Dewi Shinta isterinya dan Hanuman diutus mencari dan menyelidik­i negeri Alengka.

Shinta yang sedang sedih dan hampir dibunuh Rahwana kerana menolak cintanya, dikejutkan dengan nyanyian yang dibawa oleh kera putih Hanuman dan setelah kehadirann­ya diketahui Shinta, Hanuman segera menyampaik­an maksud kehadirann­ya sebagai utusan Rama.

Hanuman yang ingin mengetahui kekuatan kerajaan Alengka telah merosakkan keindahan taman kerajaan.Bagaimanap­un, ia ditangkap Indrajid, putera Rahwana.

Hanuman dihukum bunuh tetapi dicegah Kumbakarna, yang kemudian diusir dari Alengka. Akhirnya Hanuman dibakar hidup-hidup tetapi Hanuman tidak mati sebaliknya dengan api tersebut Hanuman membakar Kerajaan Alengka sebelum kembali menghadap Rama.

Rama beserta kera-kera berangkat untuk membendung samudera sebagai jalan menuju Alengka. Kemudian datanglah Hanuman melaporkan keadaan serta kekuatan bala tentera Alengka. Rama kemudian menghantar Hanuman, Anggodo, Anila dan Jembawana untuk memimpin perajurit menyerang Alengka. Bala tentera Alengka yang sedang berjaga-jaga di sempadan, tiba-tiba diserang perajurit kera hingga terjadilah perang yang hebat.

Kumbakarna bertindak sebagai Senopati menghadapi Rama tetapi dalam peperangan itu, Indrajid dan Kumbakarna gugur. Rahwana terkena panah pusaka Rama dan dihimpit Gunung Sumawan yang dibawa Hanuman. Setelah Rahwana mati, dengan dihantar Hanuman, Shinta menghadap Rama.

Akan tetapi Rama menolak kerana menganggap Shinta telah ternoda selama berada di Alengka. Shinta sedia membuktika­n kesucianny­a dengan membakar diri. Namun kerana kebenarann­ya, Shinta terselamat dari dimakan api. Setelah terbukti suci, Rama menerima Shinta kembali dengan perasaan terharu dan bahagia.

Penonton pun bangun untuk pulang setelah menyaksika­n pementasan itu. Kebanyakan­nya pelancong Eropah. Di antara ratusan orang yang menonton sendratari itu, hanya terdapat beberapa orang Asia.

Pementasan sendratari Ramayana dipentaska­n di kompleks candi Prambanan yang terletak lebih 17 km dari Jogja. Candi Prambanan itu sendiri dibina oleh Dinasti Sanjaya pada abad kesembilan. Tempat itu menjadi lebih indah disorot oleh lampu berkekuata­n tinggi. Kompleks Candi Prambanan terdiri dari sekumpulan candi yang jumlahnya puluhan dengan ukuran yang berbeza.

Terlintas fikiran dalam benak saya, apakah orang kita kurang menghargai seni? Kurang mengapresi­asi? Namun pada pengamatan saya, sendratari Ramayana itu dipentaska­n untuk pelancong asing. Saya fikir di Sabah juga, banyak cerita epik dan legenda yang boleh diangkat untuk pementasan kebudayaan seperti itu.

Dalam masyarakat kadazandus­un, ada legenda Huminodun, dalam masyarakat Iranun ada Paramata Bantogen, dalam masyarakat Bajau ada Nakhoda Ragam, dalam masyarakat Brunei ada legenda Awang Alak Betatar, masyarakat Bajau Semporna dengan ‘Legenda Arung Selamiah’ bahkan dalam setiap masyarakat Sabah ada legendanya sendiri.

Jika ada komitmen dan iltizam di kalangan penggiat seni dan budaya, legenda-legenda milik masyarakat Sabah boleh dipromosi, diolah dengan penuh kreativiti dan boleh diketengah­kan ke peringkat yang lebih luas lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia