Utusan Borneo (Sabah)

34 sertai kursus juruacara

-

BEAUFORT: Seramai 34 orang yang terdiri daripada Ahli Jawatankua­sa Rukun Tetangga ( AJKRT), Ahli Skuad Uniti dan Ahli Skuad Elit Jiran Wanita Daerah Beaufort menghadiri “Kursus Kejuruacar­aan, Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Daerah Beaufort, Tahun 2016” baru-baru ini.

Kursus itu anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Zon Pedalaman Bawah, diadakan di Pusat Rukun Tetangga (PRT), KRT Kg. Mempagar, Beaufort.

Penceramah jemputan bagi kursus ini ialah Penerbit Rancangan Televisyen, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Negeri Sabah, Ruskap bin Haji Muaram.

Menerusi kursus asas ini, para peserta kursus berpeluang untuk menerima serta berkongsi ilmu pengetahua­n serta pengalaman dan praktikal mengenai pengendali­an majlis dan juga kejuruacar­aan.

Kursus ini terbahagi kepada dua sesi iaitu Sesi Pertama, Sesi Ceramah mengenai “Kejuruacar­aan dan Pengendali­an Majlis” serta Sesi Kedua, Sesi Amali dan Praktikal Setiap Peserta Kursus.

Pegawai Perpaduan Daerah Zon Pedalaman Bawah, Marhadi M. Ardin di dalam ucapannya pada akhir kursus, berkata bahawa kursus ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memberikan kemahiran yang pelbagai kepada AJKRT agar KRT dapat menjadi sebuah organisasi yang bukan sahaja mantap dan hebat dalam menganjurk­an pelbagi aktiviti serta program, tetapi juga mantap dan hebat dalam melahirkan masyarakat yang berilmu serta intelek.

Hadir menyempurn­akan majlis perasmian kursus ini ialah Ketua Daerah Beaufort, OKK Wong Rodzhan Samie.

Wong Rodzhan di dalam ucapan perasmiann­ya menyeru agar KRT terus aktif dan dinamik untuk merancang serta melaksanak­an program khususnya di setiap kampung, taman perumahan dan juga daerah Beaufort.

Ini kerana dengan adanya penganjura­n aktiviti serta program, maka masyarakat akan dapat lebih bersatu padu dan juga membangun selaras dengan Perlembaga­an, Rukun Negara dan juga dasar-dasar negara. Ilmu dan komitmen yang penuh adalah amat penting sekali bagi mencapai perkara ini, tambah beliau lagi.

Turut hadir bersama di kursus ini ialah Pegawai Perpaduan Daerah Beaufort, Noraishah Mohd Zain, Setiausaha Jawatankua­sa Penyelaras Rukun Tetangga Daerah Beaufort, Mat Silin Matni, Pengerusi Skuad Elit Jiran Wanita Daerah Beaufort, Azizah Saat dan para Pengerusi KRT Daerah Beaufort.

 ??  ?? RODZHAN Wong (tengah) menerima cenderaken­angan daripada Marhadi (dua dari kiri).
RODZHAN Wong (tengah) menerima cenderaken­angan daripada Marhadi (dua dari kiri).
 ??  ?? RODZHAN Wong (duduk enam dari kanan) bersama Marhadi (duduk enam dari kiri) dan Aishah (lima dari kiri) serta para peserta Kursus Kejuruacar­aan bergambar kenangan bersama.
RODZHAN Wong (duduk enam dari kanan) bersama Marhadi (duduk enam dari kiri) dan Aishah (lima dari kiri) serta para peserta Kursus Kejuruacar­aan bergambar kenangan bersama.
 ??  ?? RODZHAN Wong (tengah) bersama Marhadi (dua dari kiri) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta.
RODZHAN Wong (tengah) bersama Marhadi (dua dari kiri) menyampaik­an sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta.
 ??  ?? ANTARA Pengerusi KRT Daerah Beaufort yang hadir.
ANTARA Pengerusi KRT Daerah Beaufort yang hadir.
 ??  ?? ANTARA peserta kurus yang hadir.
ANTARA peserta kurus yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia