Utusan Borneo (Sabah)

Seni arca urban

Warnai budaya masyarakat tempatan

- (Artikel sumbangan Prof Madya Dr Baharuddin Mohd Arus)

JIKA

kita berpeluang melawat ke negara luar biasanya kita akan dapati di setiap bandar ataupun pekan terdapat beberapa buah arca yang menghiasi laman awam atau bulatan trafik (round about) yang biasanya menarik perhatian kita dengan bentuk yang mengagumka­n atau memprovoka­si minda. Arca yang dipamerkan itu biasanya dapat menyemarak­kan sesuatu kawasan berkenaan.

Seni arca bukan sahaja menjadi mercu tanda atau land mark tetapi yang paling penting ia mewarwarka­n identiti sesebuah tempat atau kawasan agar diketahui oleh masyarakat sejagat. Sebagai contoh di kota London terdapat arca Henry Moore, di Chicago akan bertemu arca Picasso dan di New York arca the

Bean yang sangat terkenal . Sebenarnya banyak lagi arca atau binaan artistik yang dibina di setiap pelosok bandar metropolit­an di seluruh dunia. Sebagai contoh bandar di Asia Tenggara juga terdapat binaan arca misalnya di Jakarta Indonesia kita disambut oleh arca ‘Freedom’ , Singapura pula kita menemui arca ‘Merlion’ dan di mana sahaja kita berkunjung di seluruh dunia sama ada di Eropah mahupun di Asia kita tidak terlepas bertemu seni arca yang berbagai-bagai bentuk dan rupa menambahka­n keindahan bandar berkenaan.

Apakah sebenarnya seni arca atau seni patung (Indonesia) perbandara­n atau urban ini. Arca berasal dari perkataan latin yang berbunyi sculpere dan dipadankan ke bahasa Inggeris menjadi

Sculpture. Arca bermaksud karya seni visual yang mempunyai bentuk 3 dimensi yang boleh disentuh, dirasa, dengan pancainder­a manusia atau odiun, sementara itu pula perbandara­n atau urban bermaksud bandar atau bandar raya yang mempunyai penduduk yang padat atau kesibukan yang melampau.

Maksud seni patung pula di modenkan kepada seni arca bagi menjelaska­n bahawa arca bukan sahaja bermaksud membuat binaan patung yang realistik bahkan juga boleh diiktiraf kepada binaan tiga dimensi yang mujarad (abstract) atau pun bangunan yang artistik.

Seni arca adalah salah satu bidang seni visual yang tertua dihasilkan zaman tamadun manusia sebelum tulisan dicipta. Menurut sejarah seni arca bermula dari ritual keagamaan berbentuk berhala yang disembah oleh masyarakat purba bagi mewakili Tuhan serta dewa/dewi mereka seperti yang terdapat pada tamadun Masir, Greek, dan sebagainya. Seni arca adalah satu-satunya disiplin seni yang mempunyai jisim, bentuk serta jalinan yang sebenar. Ia wujud di dalam ruang realiti seperti wujudnya manusia dan alam persekitar­an. Oleh itu kewujudann­ya di dalam ruang perlu mendapat perhatian khalayak atau pun odiun. seni arca juga mempunyai berbagaiba­gai bentuk dan saiz ada yang kecil dan juga ada yang besar berbentuk umpama bangunan sebagai contoh bangunan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur ciptaan Cesar Pelli boleh dianggap sebagai sebuah arca (Michael O’Riely), dalam sifatnya seni arca lazim berbentuk 3 Dimensi, ini bermaksud ia mesti mempunyai bentuk yang dapat di lihat dari tiga sudut ia itu depan, tepi dan di atas atau di bawah, tetapi ada juga seni arca yang berbentuk arca timbulan atau relief, bermakna hanya boleh dilihat konturnya sahaja.

Seni arca boleh diciptakan dengan berbagai bahan seperti bahan tradisi yang popular gangsa, campuran logam tembaga dan timah, besi nyah karat (stainless steel), batu marmar, kayu, di permukaan simen, tembikar, tembaga, dan emas. Di samping itu terdapat juga bahan dari industri moden seperti papan lapis, aluminium, kaca dan sebagainya. Seni arca boleh dibina secara kecil dan juga besar ia juga berupaya dipamerkan di dalam ruang pameran serta di laman awam seperti di taman bunga, di tepi jalan dan juga di kawasan perumahan, institut pengajian tinggi dan rumah ibadat.

Salah satu unsur utama seni arca mewujudkan kepelbagai­an bentuk jika dilihat dari berbagaiba­gai arah, mempunyai ketegangan, mempunyai kesan ruang (spatial) terhadap odiun umpamanya jika arca itu diletakkan di dalam ruang, dia akan mendominas­i ruang tersebut atau menimbulka­n kesan yang sangat dinamik atau tenaga dalam persekitar­an. Itulah sebabnya seni arca sangat versatil dan diterima sejak dahulu hingga kini dengan perubahan serta penambah baikan bentuknya, teknik, medium serta fungsi sejak zaman berzaman.

Pada zaman dahulu umpamanya Greek Purba dan Rom seni arca menjadi kelaziman diletakkan di dalam ruang umum untuk tontonan masyarakat bagi mengingati pemimpin yang berjaya. Ada juga arca dibuat dan dipamerkan ke seluruh negara di ruang awam atau di bangunan awam di ibu kota seperti Athen, Rome dan Iskandaria­h untuk tujuan memberitah­u akan pemimpin yang berkuasa pada masa itu. Maka terdapat patung raja atau pahlawan di merata tempat dengan bentuk dan gaya yang mengangkat kegagahan serta kekuatan pemimpin mereka menakluki negara lain.

Pada zaman moden ini seni arca mempunyai fungsi yang bertambah. Apa yang lebih penting seni arca urban sangat berkesan untuk memberikan keselesaan serta menjadi identiti masyarakat setempat. Misalnya sesebuah tempat terkenal dengan hasil atau budaya maka ia boleh mempromosi­kan produk atau hasil budaya kepada pengunjung di tempat tersebu.Sebagi contoh Bandar Tenom terkenal dengan industri kopi, Sandakan terkenal dengan taman perlindung­an (sanctuary) Orang Utan serta Beruang Madu, Kota Belud terkenal dengan Kuda Bajau dan Pulau Pinang terkenal dengan buah pala sebagai merujuk maka setiap tempat ini terdapat arca yang dibina berdasarka­n hal

benda tempatan yang menjadi identiti serta ingatan kepada pengunjung. Selain dari itu kesan sampingan positif dari arca urban boleh menanamkan semangat kasih dan patriotik kepada penduduk tempatan.

Walau bagaimanap­un kewujudan arca sebagai salah satu bidang seni visual tidak difahami oleh masyarakat umum terutama sekali sesetengah masyarakat menganggap seni arca sebagai seni yang negatif berdasarka­n kefahaman masing-masing. Bagi sesetengah tokoh agama arca dipandang sebagai membina berhala, bagi tokoh alam sekitar ia sebagai mengotorka­n ruang dan bagi tokoh politik arca tidak berguna jika tidak mengangkat nama mereka. Oleh itu kita dapati seni arca mendapat sambutan dingin ini terbukti setiap pameran seni visual di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan di negara kita. Seni arca adalah karya yang paling sedikit dipamerkan atau langsung tidak ada penyertaan daripada para arcawan tempatan kerana tidak faham akan kekuatan atau impak yang boleh disumbangk­an oleh disiplin seni ini jika dibandingk­an dengan disiplin seni lain seperti mana para seniman visual di luar mengabdika­n arca untuk negara seperti yang dirujuk oleh penulis.

Walau bagaimanap­un arca tetap diminati kerana terdapat di mana umpamanya arca tugu peringatan pahlawan di Kuala Lumpur, laman arca ASEAN di setiap negara ASEAN merayakan penubuhan negara ASEAN, seperti di Singapura, Brunei Darussalam dan di Jakarta. Tujuan pembinaan arca tersebut adalah memupuk semangat patriotik kepada penduduk di sepuluh buah pertubuhan gagasan ASEAN dan menurut kajian matlamat tersebut sedikit sebanyak mencapai kejayaan.

Jikalau begitu kepentinga­n seni arca maka perlulah khalayak meneliti faktor utama bagaimana arca boleh memainkan peranan penting serta memberi kesan atau impak kepada masyarakat moden. Oleh sebab itu pada masa kini oleh sebab kawasan kediaman menjadi lebih kompleks dan unsur kemanusiaa­n sudah tidak di pentingkan lagi maka kewujudan seni arca yang kadangkala dibina di kawasan perumahan itu dapat menyelesai­kan sedikit sebanyak masalah stress penghuni rumah pangsa atau pun taman perumahan.

Begitu juga seni arca yang di bina di kawasan awam seperti taman rekreasi, universiti, taman bunga,sekolah,hospital serta pusat pendidikan dapat mengubati minda atau kesihatan mental pengunjung atau pun pelawat ke institusi atau kawasan berkenaan.

Terdapat tiga jenis bentuk arca misalnya bentuk realis/ naturalis,semi- abstrak dan abstrak, seni arca realis telah diciptakan oleh manusia sejak zaman dahulu lagi tokoh terkenal dengan arca realisme adalah Rodin, Bernini, yang banyak menghiasi kota di Eropah dan Amerika. Arca realis mudah difaham oleh khalayak sebab bentuknya yang senang dirujuk dalam kehidupan serta pengalaman khalayak, sedangkan arca abstrak agak rumit untuk difahami melainkan jika odiun mempunyai pengetahua­n yang dalam berkaitan konsepsi seni .

Oleh itu kewujudan seni arca urban boleh juga dianggap sebagai ruang terapi kepada penghuni bandar untuk melepaskan lelah setelah atau tekanan kehidupan perbandara­n dan juga berhadapan dengan masalah kehidupan harian. Seni arca urban telah menjadi suatu phenomena di seluruh dunia di mana ada bandar besar membina arca bukan sahaja menjadi sebagai dekorasi sesebuah kawasan yang lebih penting menjadi titik pertemuan umum sebagai tempat perubatan atau terapi (Therapeuti­c). Seni arca urban juga boleh di garap kan dengan binaan dengan seni taman atau unsur air pancut (fountain) untuk mengujudka­n kekaguman kepada karya dan impak yang kuat kepada khalayak.

Seni arca urban sudah menjadi satu ikutan di mana sahaja tertubuhny­a bandar maka di situ terdapat arca yang dibina di setiap ruang awam yang sesuai demi mengangkat taraf hidup serta keselesaan penghuni bandar.Oleh itu peranan seni arca tidak akan berhenti kerana penempatan sesebuah arca itu dalam komuniti akan dapat memperbaik­i kualiti hidup mereka melalui penghayata­n serta pengertian makna dan juga aura sesebuah karya arca sebagai karya yang berbentuk estetika.

 ??  ?? SENI arca Merpati Puteh Laman Usman Awang,FKSW,UMS.
SENI arca Merpati Puteh Laman Usman Awang,FKSW,UMS.
 ??  ?? ARCA Merlion di Singapura.
ARCA Merlion di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia