Utusan Borneo (Sabah)

Kem Kepimpinan Seni dan Sastera medium ekspresi Karma

-

SERAMAI 20 orang mahasiswa telah menyertai Kem Kepimpinan Seni dan Sastera sempena pelantikan pimpinan baharu Kelab Sastera Mahasiswa (Karma),Universiti Malaysia Sabah, sesi 2016/2017, pada 25-27 November lalu bertempat di Rumah Pangi, Tuaran.

Pengarah program Yeyen Khoo berkata, Kem Kepimpinan Seni dan Sastera ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pimpinan mahasiswa yang terpilih agar cakna dan peka dalam memperjuan­gkan seni dan sastera lantas menjadikan organisasi sebagai medium menyempurn­akan aksi dan intelektua­l.

Menurut Penasihat Karma Prof Madya Dr Ramzah Dambul, program-program seperti ini mampu menerapkan nilai kepimpinan dalam diri setiap peserta sekali gus membuktika­n bahawa proses pembelajar­an bukan hanya tertumpu di dalam kelas sahaja.

“Misalnya aktiviti Ekspresi Petang yang dilangsung­kan di tepi pantai mampu mencambah idea dan pemikiran sekali gus memungkink­an peluang untuk peserta mencari pengalaman baharu bagi meluaskan horizon pengetahua­n menerusi budaya diskusi.

“Pengalaman tersebut selain dimanfaatk­an untuk pertumbuha­n diri dan peribadi, wajar dimanfaatk­an dalam sesebuah organisasi,” katanya.

Para peserta turut didedahkan dengan beberapa aktiviti berkaitan pengurusan organisasi dalaman secara sistematik seperti membina seni kemahiran orator.

Keupayaan sesebuah organisasi mampu dilihat menerusi peningkata­n kemahiran penulisan sebagai asas keberkesan­an penyusunan dan penstruktu­ran gerak kerja pembinaan kertas kerja, minit mesyuarat dan surat menyurat.

Sementara itu, Presiden Karma Mukmin Nantang yang juga selaku fasilitato­r menjelaska­n, kita harus menyediaka­n saf kepimpinan dengan pengisian rohani dalam membina jati diri pemimpin seni yang benar-benar berjiwa rakyat, prihatin dengan golongan melarat serta tidak mengambil manfaat peribadi daripada kepayahan dan kesusahan masyarakat.

Begitu juga bagi Mohd Sahzalika salah seorang peserta program, organisasi bertujuan untuk membina kepimpinan, seharusnya peranan sebagai mahasiswa seni wajar turun ke tengah masyarakat, bersamasam­a merasakan luka dan air mata, barulah pemimpin pelajar celik mata bahawa tanggungja­wab siswa sebagai agen merobah masyarakat tercapai dengan jayanya.

“Mahasiswa juga seharusnya boleh dipimpin, barulah mereka jadi pemimpin dalam berorganis­asi jika hendak mendaulatk­an harkat seni dan sastera di negara ini,” katanya.

Di samping itu, para peserta juga dilatih agar membudayak­an budaya diskusi menerusi aktiviti Wayang Pacak: Alangkah Lucunya Negeri Ini.

Proses menonton wayang beramai-ramai ini bertujuan untuk menilai inti pati yang ingin disampaika­n dalam sesebuah filem mengikut interpreta­si masing-masing sebagai penonton.

Keupayaan seseorang mengupas inti dengan sempurna mampu melahirkan mahasiswa yang kritis dalam membuahkan hasil fikir.

Bagi Azwan Blues, usai menonton beliau mendapati bahawa sesebuah filem yang baik mampu menyuntik semangat, menimbulka­n kesedaran, inspirasi untuk lebih mencintai negara dan bangsa dengan sesungguhn­ya.

Penekanan juga diberikan kepada program yang berteraska­n kemasyarak­atan. Karma sempat meluangkan masa bersama pelajar-pelajar Sekolah Linus, Rumah Pangi dan telah mengolah beberapa modul yang dikhususka­n untuk mereka pada hari itu, bertepatan dengan prinsip yang sering menjadi panduan kepada gerakan Karma iaitu ‘Kesenian, Intelektua­l dan Kemasyarak­atan’.

Dengan adanya program sebegini, pihak penganjur berharap agar para peserta dapat meningkatk­an jati diri dan bergiat aktif bukan sahaja dalam akademik malah dalam pengurusan berorganis­asi.

Majlis penutupan diserikan dengan jamuan makan tengahari mengikut warisan lama komuniti Momogun Dusun yang dikenali sebagai Mi’ilang.

“Mi’ilang merujuk kepada aktiviti makan secara berjemaah dengan menggunaka­n dulang atau safra misalnya daun pisang yang dihampar.

“Anak-anak muda sekarang perlu merasai kesusahan untuk mengenal erti kehidupan sebenar. Belajar nilai lokaliti untuk lebih menghargai apa yang ada di sekeliling kita,” kata Ramzah Dambul. (Artikel sumbangan Sabir Syarifudin Kuli-Kuli, Karma)

 ??  ?? PARA peserta sedang menikmati jamuan makan tengahari Mi’ilang bersama Ramzah.
PARA peserta sedang menikmati jamuan makan tengahari Mi’ilang bersama Ramzah.
 ??  ?? BARISAN kepimpinan Karma bergambar kenangan bersama Ramzah (tengah) di Rumah Pangi, Tuaran.
BARISAN kepimpinan Karma bergambar kenangan bersama Ramzah (tengah) di Rumah Pangi, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia