Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

NEGARA BANGSA MERDEKA?

Dalam uji duka menduga tabah kita dalam riuh rendah peniup api dan bara ada minyak cuba dicurah ke dalam api ada racun cuba disuntik ke liang nadi. Kita sering berbicara soal negara bangsa kita sering pula berkisah soal ekonominya kita kisahkan jaya dalam dunia akademia kita lupa bahawa tanpa adab, ilmu itu sia-sia. Apabila yang kecil terdidik dek didik marba apabila yang dewasa megah dengan dunianya maka yang kecil hanyut terus ikut-mengikut maka ‘pabila besar Si Anak terus hanyut larut. Apa yang kita tanam itulah yang ‘kan kita tuai apa yang kita buat itulah yang ‘kan kita capai hasil tuai apa yang kita harapkan anak itu jadi hasil capai apa kita mahu anak itu menjadi? Adalah ilmu jadi jambatan pemikiran kita adalah ilmu yang baik bak pelita akal kita menjadi suluh budi menepis fikir dangkal menjadi benteng agar jauh daripada bebal. Betapa jauh perjalanan kita tetap sampai betapa manis alam ini tak semua tergapai namun masih ramai yang tak memahami realiti hidup ini tak seindah saat bermimpi. Dan lebih sarat benar mengandung duka ilmu yang ada menjadi tumpul tajam tiada sering terperangk­ap masuk ke mulut buaya andai terlepas, masuk pula ke mulut naga yang telah siap siaga lama ia menganga. Lalu apa yang kita harap pada anak bangsa sudah tentu hasil tuai terbaik impi idam kita namun apa dicontohka­n oleh kita dewasa lihat sahaja betapa rendah sifat amanah kita sementara kejujuran tumpah entah ke mana.

JALAN BAHASA (tinggal jalan sahaja)

Kini aku berada di jalan bahasa namun aku tak tahu bahasa apakah ia barangkali ia bahasaku sendiri atau mungkin bahasa lain yang telah mengganti bahasaku yang telah mati. Kini aku berada di jalan bahasa entah seru macam mana mereka mahu dalam bahasa lembut diseru sudah dalam bahasa keras sudah juga dalam bahasa kurang ajar juga ada namun penguasaku bagai tugu mereka tahu tetapi bagai sengaja lengah waktu mungkin nantikan peluang tiba menangguk di keruh air demi agenda sendiri agenda bangsa tertunda mereka berhenti peduli. Kini aku berada di jalan bahasa namun aku tak tahu bahasa apakah ia tak tahu apa hendak dikata tentang bahasaku apa boleh buat kerana pemimpinku gila perlembaga­an negara sendiri pun boleh lupa, betapa gila - gila bukan? Karya Ampuan Awang, Jalan Bahasa, Labuan. AMPUAN AWANG adalah seorang aktivis seni yang menyokong setiap perjalanan seni budaya bangsa dari cabang penulisann­ya atau apa sahaja yang berkait dan sewaktu dengannya. Oleh kerana kesenian itu bukan milik individu, apatah lagi ia bukan milik kelompok tertentu, maka seni tersebut harus kembali kepada rakyat, dan sudah menjadi tugas dan tanggungja­wab para karyawan merakyatka­nnya semula di persada dunia.

SEPERTI HUJAN YANG RAMAH PADA DAUN KERING

i semisalnya aku ingin kaukubur masa lalu pada daun-daun kering, sekali resah kemarau menyambut hujan basahkan kenangan, betapapun ia bagai layang-layang tersangkut urat jaring lelabah, sebelum angin menolaknya dengan sabar, cuaca membiarkan ia bertemu asalnya, tanah atau lumpur betapa daun kering adalah kita, embun mengenalny­a terlebih dahulu hanya secubit tunas pada tangkai kalaupun tak berbunga ia merimbun pohon sebelum berpisah juga antara ruas dan jarak dahan ke dahan ii semisalnya daun adalah kita, terkadang patah ruas terhumban lembarnya tercarik, apa lagi kalau dahan patah, tiba-tiba seranting daun bertemu matahari, daun muda layu kadang kering sebelum menguning namun kata orang pantang ajal sebelum maut, jikalaupun rintangan seberat dunia kaupikul hingga asamu dihujung jantung, namun Tuhan tak pernah lupa janji-Nya, hanya jangan berputus asa, biar berkalang kau nyawa setipis rambut, jikalau Kun katanya kau tetap teguh, serapuh hatimu dikatakan perempuan, laut gelora pun tengkujuhn­ya segunung, kapalmu tetap belayar iii berdirilah, biar taufan menjadi mata pisau, kalau mendung itu adalah kau, tertikam kau hujan bukan bukan lagi daramu merah, tapi menumbuhka­n belantara YATIM AHMAD Kota Kinabalu 27 Julai 2016 YATIM AHMAD, Jurnalis Sastera khusus untuk kolum sastera New Sabah Times, tidak pernah berhenti menulis sejak 40 tahun lalu, kini umurnya 52 tahun, bermula wartawan pada 1980-an hingga 2008, terus sambung penulis sepenuh masa kreatif yang digelutiny­a sejak 2003 yang mana cerpen sulungnya menang hadiah berprestij Hadiah Sastera Sabah (2002/03). Dia mendapat asuhan cerpen daripada jurnalis dan penyair Abd Naddin Haji Shaiddin. Kini turut menukangi puisi, novel dan rencana sastera menjadi bidang utama. Selepas meraih pelbagai anugerah dalam kewartawan­an termasuk Wartawan DBP 2004, dia sambung tradisi penghargaa­n dalam sastera menerusi kemenangan HSS, Sayembara Karya Kreatif LKNS, Perpustaka­an Sabah, Sayembara Puisi Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia