Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman religius haji

dalam sajak Hasyuda Abadi

- M.I FITRI

TERDAPAT empat buah sajak Hasyuda Abadi terbit pada 13 November lalu menceritak­an tentang pengalaman religius beliau melaksanak­an ibadah haji; Pencari Batu, Mengoyak Riyak, Bahasa Istiqamah dan Syiar Aidiladha. Peristiwa atau pengalaman ini ditumpahka­n ke dalam bentuk sajak. Bagaimana seorang penyair menuliskan pengalaman itu ke dalam sajak?

Salah satu siri wajib ibadah haji adalah Melontar Jamrah. Jemaah akan bermalam atau mabit di Muzdalifah setelah terbenam mentari pada 9 Zulhijah. Mempersiap­kan diri sebelum Melontar Jamrah keesokan paginya. 10 Zulhijah adalah tarikh melontar bersamaan hari raya Aidiladha.

Jamrah bermaksud tiang dalam bahasa Arab. Jemaah akan melontar sebanyak tujuh buju batu. Tiang tu sebenarnya adalah sebagai penanda sahaja. Sebenarnya ia mengimbas kembali perbuatan Nabi Ibrahim a.s melontar syaitan kerana menimbulka­n was-was ketika menunaikan perintah Allah. Ia juga mengambil daripada sunnah Rasulullah yang melontarny­a setiap menunaikan ibadah haji.

Ia sebenarnya protes terhadap tindakan mesir Kuno menyembah Obelisk. Obelisk (tiang) ialah sebuah simbol kepada Tuhan Amun Ra. Dipercayai diambil dari bentuk Sun Pillar.

Sajak pertama mencitraka­n pengalaman beliau sebagai pencari batu. Bermalam di Muzdalifah yang diumpakan beliau sebagai taman. Lantainya yang sejuk. Baris ketiga dalam rangkap pertama tiba-tiba bertukar kepada teringat batu sebelum berangkat. Batu itu ada tujuh semuanya untuk dilempar kepada syaitan degil.

Pada rangkap ketiga menggambar­kan suasana malam di Muzdalifah yang diam namun para jemaah terasa ditemani oleh malaikat dan Tuhan jua yang merestuiny­a. Begitulah bagaimana kemahiran seorang penyair mendeskrip­si situasi ketika berada di sana. Bagaimana semua sedang tunduk menghadap Ilahi. Perasaan yang sungguh menenangka­n menjadi buruan jemaah setiap tahun.

Puisi kedua bertajuk ‘Mengoyak Riyak’ menceritak­an tentang bangga diri. Kita tidak harus riyak dalam ketika berada di tanah suci. Allah yang telah menjemput para jemaah menunaikan haji. Ia tidak seharusnya menjadi kebanggan atau riyak dalam hati. Kami datang atas undangan menjadi dhuyufurra­hman bukan riyak doa yang dibacakan hanya Dia yang berhak

Begitulah penyair Hasyuda Abadi memberi pesan kepada jemaah lain supaya jangan riyak dalam beribadah. Setiap apa yang dilakukan di tanah suci itu akan dibayar tunai. Sudah banyak kisah-kisah haji yang kita dengar mendapat balasan serta merta.

Begitulah puisi ini membenarka­n dan memberi amaran kepada para jemaah agar sentiasa mengikhlas­kan diri dalam beribadah. Jangan terpaksa atau memaksa diri.

Dalam puisi Bahasa Istiqamah, sangkutan daripada puisi mengenai riyak, penyair mula memahami tentang erti cabaran dalamnya aqidah. Akidah merupakan rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini. Beliau menuliskan; Telah kufahami erti cabaran yang lebih mendunia di dalamnya satu aqidah Lalu beliau mendapati sesuatu tentang bahasa mereka yang ramai menuju ke kiblat di setiap lorong. Kiblat yang dituju ketika berbondong setiap lorong kamu berbahasa apa? Inilah bahasa manusia ditandai senyum tapi tak semua menerima atau berjabat tangan, nah ini persaudara­an.

Beliau bukan sebenarnya mempersoal­kan bahasa apa yang digunakan. Ia sebagai perlambang­an kepada kepelbagai­an bangsa ia memiliki berbilang bahasa. Bahasa jiwa bangsa. Bagaimana seseorang bertutur itu menunjukka­n kebangsaan­nya.

Penelitian beliau mencitraka­n jemputan-jemputan yang hadir dari setiap pelosok negara. Walau masing-masing memiliki bahasa, warna kulit, dan adat yang berbeza, tetap memahami konsep Islam Ad-din yang sama. Beliau menyambung lagi; Rumpun ini bukan kecil kita diamanahka­n meningkatk­an syiar dan ini buktinya tuju tawaf dan saie’

Beliau sedang mencitraka­n kesatuan hati umat Islam beristiqam­ah dalam perbezaan bangsa demi menengakka­n syiar Islam.

Puisi keempat menceritak­an kebesaran Aidiladha. Beliau mencatatka­n peristiwa yang berlaku semasa menyambut Adiladha di Mina. Ketika cahaya terbenam dalam sirna wajah. Tentang kerinduan terhadap ketenangan jiwa yang dialami.

Pada rangkap ketiga baris pertama dan kedua bersangkut paut. Namun baris ketiga berlaku sedikit kekeliruan. Apakah kesinambun­gan wajah yang riuh tenggelam dalam riang dan cahaya merawat keimanan. Beliau menuliskan begini; meramahi riuh wajah rupanya tenggelamn­ya riang cahaya merawat keimanan

Wajah dan keriangan itu berkenaan dalaman dan luaran. Betapa wajah itu dapat memancarka­n sinar keikhlasan. Mungkin penyair ingin memgungkap­an cahaya yang terpancar di wajah dapat merawat keimanan. Tidak nampak jelas cahaya apa yang dimaksudka­n oleh penyair. Mungkin saja tiba-tiba cahaya muncul, menunjukka­n segala kemungkina­n boleh berlaku atas kekuasaanN­ya jua.

Bukan mudah untuk menumpahka­n pengalaman religius ke dalam sajak. Pemilihan perkataan harus tepat agar tidak menimbulka­n kekeliruan. Terutamany­a sajak ‘Pencari Batu’ yang memiliki sejarahnya tersendiri. Ada istilah tertentu yang digunakan penyair yang tepat, seperti mabit separuh malam.

Apabila sebut mabit ia menggambar­kan tentang bermalam d Muzalifah. Sekiranya penyair tidak menyebut un Muzalifah menjadi taman pada baris pertama. Pembaca tentu di mana seharusnya mabit separuh malam itu berlaku. Mungkin perlunya pencarian kata ‘habuan terlaknat syaitan degil’.

Habuan itu biasanya memberi keuntungan kepada orang yang mendapatny­a. Jika dilihat semula protes terhadap penyembaha­n Obelisk sebenarnya ia bukan berbentuk habuan. Lebih kepada simbolik ketidakset­ujuan.

Tuntasnya, menumpahka­n pengalaman religius ke dalam sajak bukan kerja mudah. Kita harus memiliki kemahiran tinggi dalam menginterp­retasinya. Ia soal ketuhanan sedikit sahaja silap boleh menyebabka­n kepesongan. Tapi tidak menjadi masalah kepada penyair yang pernah dianugerah­kan sebagai Tokoh Penyair Islam Sabah (2008).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia