Utusan Borneo (Sabah)

Memupuk warisan bangsa Melayu

-

PENASIHAT Sosio-Budaya Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim dalam ucapan beliau pada Persidanga­n Dunia Melayu di London, September lepas, menyuaraka­n kebimbanga­n tentang keadaan masyarakat Melayu kini yang sudah kehilangan adat dan tidak lagi mengamalka­n cara hidup yang beradab dan berbudi.

“Boleh dikatakan bahawa masyarakat Melayu kini sudah kehilangan adat dan salur-galur kehidupan mereka dalam konteks kehidupan yang beradab dan berbudi.

“Hal ini tidak lagi diajarkan di sekolah dan tidak juga dilatihkan di pusat-pusat latihan umum.

“Pemulihara­an dalam hal ini amat perlu,” katanya dalam persidanga­n anjuran School of Oriental and African Studies, Universiti London bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia.

Beliau turut menyeru warga aka-demik se-rantau dan antara-bangsa, yang berkaitan, untuk mem-pergiat kajian tentang sosio-budaya, sejarah dan bahasa Melayu, dalam usaha mengem-balikan identiti bangsa itu yang kian kabur dan malap.

Apa yang dibangkitk­an Rais itu dipersetuj­ui Penasihat Persatuan Seni dan Budaya Warisan Jawi (Waris Alam) Saiful Anwar Yahaya.

Terdapat keperluan untuk mengajar semula kebudayaan Melayu kepada orang Melayu sendiri khususnya golongan belia.

“Ini kerana seba-hagian besar kebu-dayaan itu kini sudah tidak diwarisi lagi oleh ge-nerasi masa kini.

“Dalam masa 20 tahun akan datang, mungkin sudah tiada lagi rujukan pada apa adat dan adab Melayu yang sebenar,” katanya kepada Bernama.

Beliau berpendapa­t sistem pendidikan yang dibawa pihak penjajah telah mempengaru­hi pemikiran orang Melayu untuk beranggapa­n bahawa adat datuk nenek moyang mereka adalah kolot.

Selain itu gelombang globalisas­i yang bermula dengan kolonialis­me, diikuti dengan kemasukan filem-filem dan rancangan televisyen dari luar, dan terbaharu Internet serta media sosial, juga telah menghilang­kan identiti, bukan sahaja Melayu, malah kebanyakan bangsa di dunia sudahpun atau hampir kehilangan nilai unik mereka.

NILAI AKHLAK

Menurut Saiful Anwar, apa yang terdapat dalam alam Melayu seperti adat (contohnya adat merisik), pembuatan (keris, rumah, pakaian), seni (ukiran, tarian), dan bahasa (pantun, peribahasa) semuanya terkandung falsafah yang tinggi.

Berteraska­n prinsip ‘alam terbentang menjadi guru’ iaitu mengambil iktibar daripada apa yang dilihat pada alam sekitar, orang Melayu dahulukala telah menerapkan nilai akhlak yang baik, bukan sahaja dalam amalan kehidupan mereka, malah dalam apa yang mereka bina atau cipta.

Beliau mengambil contoh falsafah di sebalik seni ukiran kayu Melayu.

“Dalam seni ukir kayu, coraknya mempunyai prinsip ‘tumbuh berpunca’ iaitu melambangk­an setiap sesuatu ada asal-usul, dan jika diterjemah­kan dalam perspektif agama ia menjurus kepada pegangan tauhid.

“Ada juga ‘setiap punca ada rahsia’ iaitu setiap sesuatu itu ada cerita di sebaliknya.

“Misalnya setiap bangsa ada keunikan dan khazanah tersendiri yang boleh dipelajari.

“Turut mengajar toleransi, yang membawa pula kepada pepatah Melayu ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’.

“Kemudian ada juga ‘apabila naik tidak menerjah, melingkar penuh mesra’ yang mengajar apabila mahu naik ke atas, misalnya dalam organisasi atau politik, tidak boleh menjatuhka­n orang lain atau ‘tikam belakang’,” jelasnya.

Beliau menegaskan pengajaran-pengajaran seperti inilah yang sepatutnya difahami dan dihayati orang Melayu agar mereka menjadi bangsa yang memiliki jati diri yang teguh serta bijak menapis pengaruh dari luar, sama ada baik atau buruk.

Malah penghayata­n itu, bagi beliau, lebih penting daripada penampilan fizikal seperti berpakaian baju Melayu, berkeris dan bertanjak.

“Kita mengambil konsep ‘berpatutan’ atau ‘berpada-pada’ yang ada dalam budaya Melayu.

“Bukan tidak boleh, tetapi tidak perlulah dilakukan secara berlebihan,” katanya.

Ini kerana beliau melihat budaya Melayu kini lebih dihargai pada nilai zahir, contohnya tarian dan busana tradisiona­l yang sering digunakan untuk tarikan pelanconga­n.

Akibat daripada itu, timbul budaya ‘copy, cut and paste’ dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.

“Mereka menyukai sesuatu kerana nilai luaran, semata-mata kerana ‘it looks nice to them’, tanpa ada pengertian di sebaliknya,” katanya yang mempunyai latar belakang dalam bidang seni reka.

Apa yang dikhuatiri ialah tabiat ‘copy, cut and paste’ itu, yang telahpun berleluasa, menyebabka­n masyarakat, terutamany­a orang Melayu, menjadi malas berfikir dan jauh daripada penghayata­n ilmu,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia