Utusan Borneo (Sabah)

MARDI perkenal varieti padi wangi baru, MARDI Wangi 88

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

SERDANG: Padi MARDI Wangi 88 hasil penyelidik­an Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang ke 45 dan merupakan varieti ke 3 beras wangi dilancarka­n kelmarin di Laman Padi MAEPS sempena MAHA2016.

Beras varieti MARDI Wangi 88 mula dibangunka­n pada 2003 menggunaka­n induk popular dari Filipina iaitu IR841 dan MRQ74 dan mempunyai potensi hasil kirakira 4.5 tan per hektar dengan ciri pulangan mengilang sekitar 63 peratus.

Beras ini lebih wangi berbanding beras wangi biasa dan ciri buahnya tirus dan panjang dan pokoknya juga lebih rintang kepada penyakit.

Padi varieti baru MARDI Wangi 88 ini juga akan dipasarkan dalam tempoh enam bulan akan datang mampu mengurangk­an eksport beras wangi dari negara jiran.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata ketika ini negara mengimport beras wangi kira- kira 250,000 tan setahun.

“Beras wangi ini adalah daripada jenis premium. Penghasila­nnya bukan saja dapat mengurangk­an import negara tetapi pada masa sama meningkatk­an pendapatan petani sebanyak sekali ganda.

“Penanaman padi ini masih lagi peringkat pilot dan akan mula dipasarkan dalam tempoh enam bulan akan datang,”

“Kita masih belum menetapkan lagi jumlah import kerana masih di peringkat perbincang­an,” katanya pada sidang media selepas pelancaran padi varieti baru itu di Laman Padi bersempena Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n 2016 (MAHA2016).

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Abu Bakar, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Sharif Haron dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Fauzi Ali.

Pada pelancaran itu juga, Dr Ali menyampaik­an anugerah kepada petani padi berhasil tinggi yang dimenangi oleh Mohd Rozhan, 36 dari Pulau Pinang bagi kategori dalam jelapang yang memperoleh pulangan hasil purata 9.62 tan perhektar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia