Utusan Borneo (Sabah)

‘Lipstick Under My Burkha’ menang Anugerah Semangat Asia di TIFF

-

SEMASA satu majlis penutupan pada Festival Filem Antarabang­sa Tokyo (TIFF) ke-29 pada 3 November lalu, filem ‘Lipstick Under My Burkha’, yang diarah oleh Alankrita Shrivastav­a dari India, telah memenangi Anugerah Semangat Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun.

Anugerah itu diberikan kepada seseorang pengarah berbakat di dalam seksyen Masa Depan Asia TIFF, yang dipilih oleh tiga anggota juri kerana peluangnya untuk berjaya di peringkat antarabang­sa yang menjangkau di luar sempadan budaya dan nasional.

Ketika menerima anugerah beliau daripada Hiroyasu Ando, Presiden Yayasan Jepun, pengarah muda India itu melahirkan rasa terima kasih kepada kedua-dua TIFF dan pengeluar filem beliau, dan berkata, “Saya benar-benar percaya bahawa semangat Asia itu adalah semangat keamanan dunia merentasi kesemua negara. Dan saya benar-benar merasakan bahawa kaum wanita di Asia, khususnya, perlu berganding bersamasam­a untuk membina sebuah Asia yang lebih aman dan dunia yang aman.”

Anugerah Filem Masa Depan Asia Terbaik dimenangi oleh ‘Birdshot’, yang diarah oleh Mikhail Red dari Filipina, yang berkata: “Saya berkongsi anugerah ini dengan kesemua pembuat filem muda yang sedang bergelut di luar sana yang ingin terbang tetapi telah disekat, yang mahu bersuara lantang tetapi telah dikunci mulutnya.”

Anugerah paling berprestij pada festival itu, Tokyo Grand Prix, telah diberikan kepada Chris Kraus dari Jerman untuk filem beliau ‘The Bloom of Yesterday’.

Pusat Asia Yayasan Jepun dan TIFF kini berada pada tahun ketiga di dalam kerjasama mereka.

Pada tahun 2014, mereka telah bersama-sama melancarka­n satu inisiatif pertu- karan budaya filem yang berfokuska­n Asia, yang akan berlangsun­g sehingga tahun 2020, apabila Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo akan diadakan.

Usaha ini bertujuan untuk mengukuhka­n persefaham­an bersama di Asia dengan mempamerka­n filem-filem Asia di Jepun dan filem-filem Jepun di benua Asia, dan dengan membawa bakat-bakat Asia kepada peringkat dunia melalui TIFF.

Dengan festival itu sebagai satu hab komunikasi untuk industri filem Asia, rakan-rakan mereka sedang membina satu rangkaian yang berorienta­sikan masa depan di rantau itu dan memperluas­kan pertukaran kebudayaan.

Tayangan perdana ‘Asian Three-Fold Mirror 2016: Reflection­s’, yang pertama daripada satu siri filem omnibus Asia, telah diadakan pada 26 Oktober semasa festival itu.

Projek penerbitan bersama yang berterusan itu bertujuan untuk mengukuhka­n interaksi di antara negaranega­ra berjiran di Asia, dan juga memperkaya­kan persefaham­an budaya dan meneroka identiti dan cara hidup Asia.

Protagonis bagi setiap bab adalah seorang warga Asia yang tinggal di sebuah negara Asia yang berlainan, yang membolehka­n pengarah-pengarah untuk menyatakan visi mereka sendiri yang unik, dan untuk merakamkan filem di lokasi di negara mereka sendiri atau di negara Asia yang lain, termasuk Jepun, Filipina, Kemboja dan Malaysia.

Pada penayangan tayangan perdana itu, tiga pengarah yang berjaya, Brillante Ma Mendoza (Filipina), Isao Yukisada (Jepun) dan Sotho Kulikar (Kemboja), muncul untuk membentang­kan filem mereka bersama-sama dengan barisan pelakon mereka: pelakon Filipina yang terkenal Lou Veloso, seorang daripada pelakon Jepun yang paling dihormati Masahiko Tsugawa, pelakon Malaysia Sharifah Amani, pelakon popular Jepun Masaya Kato dan pelakon Kemboja Chumvan Sodhachivy.

Sementara itu, siri CROSSCUT ASIA bagi Pusat Asia Yayasan Jepun mempamerka­n filem-filem Asia dengan tumpuan kepada negara, pengarah, pelakon atau tema tertentu.

Berikutan edisi pertama dan kedua, yang masingmasi­ng memaparkan Thailand dan Filipina, edisi ketiga pada tahun ini memberi tumpuan kepada Indonesia, sebuah negara di mana kepelbagai­an budaya amat sukar ditandingi.

Seksyen itu memaparkan hasil kerja daripada pembikin filem muda yang menggambar­kan tema relevan yang serba indah dengan masyarakat moden, seperti agama, etnik, jantina dan pelbagai bentuk cinta.

Di antara pengarah generasi baharu yang berbakat, tetamu TIFF termasuk Teddy Soeriaatma­dja, yang membentang­kan ‘Trilogi mengenai Keintiman’, Riri Riza, Nia Dinata, Mouly Surya, Ifa Isfansyah, Edwin, Kamila Andini dan Angga Dwimas Sasongko.

Festival Filem Antarabang­sa Tokyo ke-29 berlangsun­g dari 25 Oktober hingga 3 November 2016.

 ?? — Gambar TIFF 2016 ?? PEMENANG: (Dari kiri) Hiroyasu Ando, Presiden Yayasan Jepun, Pengarah Alankrita Shrivastav­a dan Penerbit Plabita Borthakur.
— Gambar TIFF 2016 PEMENANG: (Dari kiri) Hiroyasu Ando, Presiden Yayasan Jepun, Pengarah Alankrita Shrivastav­a dan Penerbit Plabita Borthakur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia