Utusan Borneo (Sabah)

Barrow teraju era baharu Gambia

Jammeh akur pemerintah­an 22 tahun berakhir selepas pilihan raya presiden

-

BANJUL: Calon pembangkan­g Adama Barrow mengalu-alukan negara baharu Gambia kelmarin setelah beliau berjaya membuat kejutan dan memenangi pilihan raya presiden, sekali gus menamatkan pemerintah­an Yahya Jammeh selama 22 tahun.

Jammeh, yang kerap dituduh selama ini menindas penentangn­ya, mengaku kalah menerusi televisyen, dan menerima hakikat bahawa kebanyakan rakyat Gambia sudah membuat keputusan bahawa beliau harus duduk di belakang.

Keputusan rasmi terdahulu menunjukka­n Barrow, seorang ahli perniagaan yang tidak dikenali dalam dunia politik sehingga enam bulan lalu, menang selesa pemilihan Khamis lepas dengan 45.54 peratus, sekali gus melengkapi kebangkita­n menakjubka­n.

Jammeh memperoleh­i 212,099 undi (36.66 peratus) manakala calon parti ketiga Mama Kandeh mendapat 102,969 undi (17.80 peratus), kata Suruhanjay­a Pilihan Raya Bebas.

Rakyat Gambia memenuhi jalan-jalan untuk meraikan kejutan terbesar di negara barat Afrika itu sejak Jammeh merampas kuasa dalam satu kudeta pada 1994.

Dalam kenyataan pertama-nya kemudian, Barrow mengakui anjakan besar yang dibuat oleh negaranya.

“Masanya sudah tiba untuk bekerja.

“Inilah negara baharu Gambia,” katanya.

Barrow dipilih sebagai pembawa bendera pembangkan­g oleh sekumpulan parti politik yang menggemble­ng tenaga buat kali pertama dan memenangi sokongan popular yang luar biasa.

Kira-kira 65 peratus pengundi menunaikan tanggungja­wab mereka.

Jammeh, yang bercakap kepada orang ramai menerusi televisyen Gambia, mengucapka­n tahniah kepada Barrow di atas kemenangan­nya yang jelas, dan menambah: “Saya mendoakan selamat maju jaya kepadanya dan saya mendoakan selamat maju jaya kepada semua rakyat Gambia.”

Jammeh, yang pernah menyatakan beliau akan memerintah selama satu bilion tahun jika Tuhan menghendak­inya, cuba memenangi penggal kelima tetapi berkata keputusan itu adalah keputusan dari Tuhan yang beliau akan hormati.

“Saya tidak akan menipu atau mempertika­ikan pilihan raya ini kerana ini adalah pilihan raya yang paling telus dan kalis penipuan di seluruh dunia,” tambahnya yang merujuk kepada sistem undian di Gambia yang mengundi dengan guli yang dibuang ke dalam tong dram berwarna.

Barrow akan berkhidmat bagi penggal selama tiga tahun sebagai ketua kerajaan reformasi peralihan di bekas jajahan British yang kecil di sebuah genting yang dikeliling­i Senegal yang berbahasa Perancis.

Jammeh ada masa 60 hari untuk meninggalk­an jawatan, menurut perlembaga­an Gambia.

Tiada pemerhati antarabang­sa yang menyaksika­n pilihan raya itu, yang berlangsun­g dengan lancar dengan sebuah pasukan diplomatik yang menyelia beberapa pemantauan terbatas.

Sumber keselamata­n Senegal mengesahka­n kepada AFP di Dakar bahawa The Gambia sudah menutup sempadanny­a bagi pilihan raya itu, satu kejadian yang biasa berlaku sewaktu pilihan raya di barat Afrika.

Pemerintah­an Jammeh diwarnai kejayaanny­a mengelak beberapa cubaan untuk menyingkir­kannya dari ja- watan presiden.

Kira-kira 60 peratus populasi hidup dalam kemiskinan di The Gambia, dan satu pertiga menyara hidup dengan gaji AS$1.25 (RM5.60) atau kurang sehari, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 ?? — Gambar Reuters ?? PRESIDEN Suruhanjay­a Bebas Pilihan Raya Gambia Alieu Momarr Mjiar mengumumka­n keputusan pilihan raya presiden di Banjul, kelmarin.
— Gambar Reuters PRESIDEN Suruhanjay­a Bebas Pilihan Raya Gambia Alieu Momarr Mjiar mengumumka­n keputusan pilihan raya presiden di Banjul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia