Utusan Borneo (Sabah)

Penan Long Napir bakal miliki klinik kesihatan

Penantian 10 tahun akan berakhir selepas kerja membersihk­an tapak klinik kini sedang dilakukan

-

LIMBANG: Penduduk Penan mendiami kawasan luar bandar di daerah ini bakal menarik nafas lega apabila permohonan pembinaan Klinik Kesihatan Long Napir yang ditunggu hampir 10 tahun bakal menjadi kenyataan selepas kerja membersihk­an tapak klinik kini sedang dilakukan.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata permohonan bagi membina Klinik Kesihatan Long Napir pernah dikemukan beliau dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak 2006.

Kemudahan kesihatan itu katanya amat diperlu bagi masyarakat Penan memandangk­an mereka perlu berbelanja besar mendapatka­n rawatan di Hospital Limbang.

“Kerja pembersiha­n tapak sedang dimulakan oleh kontraktor dan projek bernilai RM3 juta ini bakal dinikmati penduduk Penan bukan sahaja di kawasan Long Napir malah perkampung­an luar bandar berhampira­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Penyerahan Sumbangan Natal oleh Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd kepada masyarakat Penan, Kelabit, Lun Bawang dan Iban di Dewan Medamit semalam.

Turut sama ialah Pengurus Besar Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd Limbang Chieng Kai Tiew, Pengurus Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd Limbang Kenneth Chieng Siong Woo, Pegawai Hutan Bahagian Limbang Michael Ngelai dan wakil Pegawai Daerah Limbang Donny Dunggat.

Hasbi berkata lagi kerja pembinaan Klinik Kesihatan Long Napir akan dilakukan secepat mungkin dan dijangka siap sepenuhnya sebelum 2018.

Beliau berharap kerajaan melalui Kementeria­n Kesihatan akan menyediaka­n fasiliti perubatan selain menempatka­n pegawai kesihatan di klinik itu nanti.

Sebelum ini untuk dapatkan rawatan perubatan biasa di hospital Limbang, penduduk Penan mendiami pedalaman Limbang terpaksa mengeluark­an kos tinggi untuk belanja pengangkut­an.

Malah ada penduduk di Long Napir terpaksa belanja sekitar RM600 untuk dapatkan sekali rawatan kesihatan di Hospital Limbang dan ianya pasti bebankan penduduk.

Jelas Hasbi permohonan pembinaan Klinik di Long Napir yang dibuat sejak 2006 dan amat diperlukan masyarakat di kawasan itu bagi mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan yang lebih baik.

Katanya sejak menjadi wakil rakyat beliau pernah memohon sebuah klinik kesihatan di Long Napir,namun sehingga kini masih tidak dilaksanak­an.

Penduduk di kawasan tersebut terpaksa kerana mengambil masa selama 3 jam menggunaka­n pacuan empat roda untuk ke klinik berhampira­n iaitu di Medamit dan bandar Limbang untuk mendapatka­n rawatan dan pemeriksaa­n kesihatan.

Dalam pada itu beliau berharap kerajaan akan menaiktara­f jalan balak yang digunakan penduduk pedalaman termasuk masyarakat kaum Penan berulang alik dari bandar ke kawasan mereka.

Menurutnya kerajaan negeri mempunyai program untuk menaik taraf jalan balak menuju ke Rumah Jampong Kuala Mendalam dan mahu jalan luar bandar lain dinaik taraf

Selain itu jelasnya sejumlah RM140,000 sudah diagihkan untuk kerja membatu jalan balak menuju Long Napir ke Rumah Bahagia sebelum ini.

Mengulas mengenai majlis sumbangan itu katanya syarikat Lee Ling Timber menjalanka­n inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat luar bandar khususnya memberi keceriaan kepada mereka untuk meraikan perayan Krismas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia