Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n jurulatih Sabah di landasan betul

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pembanguna­n bidang kejurulati­han Persatuan Bola Sepak Sabah ( Safa) berada di landasan yang betul selepas usaha drastik yang dilakukann­ya dalam tempoh dua tahun ini.

Naib Presiden Safa, Datuk Yusof Kassim berkata, Safa telah menjelajah hampir ke seluruh daerah negeri ini untuk menganjurk­an kursus kejurulati­han yang dikendalik­an instruktur dari Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC), Gopalkrish­nan Ramasamy yang diambil bertugas di Safa sejak dua tahun lalu.

“Sejak Februari 2015, kita telah mengadakan 16 Kursus Kejurulati­han Awalan yang disertai lebih 400 peserta dari seluruh negeri ini. Mereka ini kini layak untuk mengikuti Kursus Kejurulati­han Lesen C,” kata Yusof yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han Safa.

Gopal berkata, sebanyak sembilan Kursus Kejurulati­han Lesen C juga telah dianjurkan dan setakat ini 139 calon telah lulus manakala 52 calon lulus Lesen B dari empat empat Kursus Kejurulati­han yang dijalankan.

Selain itu, sebanyak 30 Kursus Ulangkaji Kejurulati­han juga telah diadakan dan Kursus Kejurulati­han Penjaga Gol yang disertai 16 peserta.

Jumlah tersebut tidak termasuk peserta yang baru menamatkan Kursus Kejurulati­han Lesen B AFC/ FAM yang turut disertai beberapa calon jurulatih yang telah separuh lulus Lesen A termasuk penolong jurulatih skuad Piala Presiden, Burhan Ajui dan ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun Jelius Ating.

“Fokus kita seterusnya adalah untuk menambahka­n bilangan jurulatih memiliki Lesen A AFC/FAM dari negeri ini dan saya fikir kita berada di landasan yang betul untuk merealisas­ikan perkara ini kerana kini kita ada ramai calon yang layak,” kata Yusof.

Bagaimanap­un katanya, usaha untuk menambah jurulatih negeri ini memiliki Lesen A AFC/FAM agak terbatas kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya memberikan dua tempat untuk calon dari Sabah mengikuti Kursus Kejurulati­han Lesen A AFC/ FAM setiap tahun.

Yusof berkata, Safa akan berusaha untuk mendapatka­n lebih banyak tempat pada masa akan datang serta akan memohon agar Kursus Kejurulati­han Lesen A yang sebelum ini hanya diadakan di Semenanjun­g Malaysia akan diadakan di negeri ini.

“Kami telah memohon agar FAM menganjurk­an Kursus Kejurulati­han Lesen A di sini tetapi telah ditolak. Bagaimanap­un kita tidak akan berputus asa dan akan cuba memohon semula dan alasan kukuh kita berharap FAM akan mempertimb­angkan permohonan kita.

“Kita mahu mengurangk­an jarak dengan negeri lain dari segi jumlah jurulatih memiliki Lesen A. Dengan menganjurk­an Kursus Kejurulati­han Lesen A di negeri ini tetnunya ia akan memberi impak yang baik terhadap pembanguna­n kejurulati­han di negeri ini.

“Pada masa yang sama jurulatih juga perlu sentiasa mengemaski­ni pengetahua­n mereka. Safa juga akan memainkan peranan dengan memberikan sokongan penuh yang termampu.

“Kita ada 26 ( Safa) yang bergabung dengan kita... oleh kita perlukan seramai mungkin jurulatih berkelayak­an untuk membantu membangunk­an bola sepak negeri ini,” katanya.

Sabah kini hanya ada beberapa orang jurulatih memiliki Lesen A iaitu Justin Ganai, Andrew Majanggim, Johnny Dominicus dan Mohd Asyraaf Fong yang aktif dengan peranan sebagai jurulatih di samping Stanley Chew dan Kelly Tham.

 ??  ?? PESERTA Kursus Kejurulati­han Bola Sepak yang terdari daripada calon jurulatih Lesen B dan peserta separuh lulus Lesen A AFC/FAM yang telah menamatkan kursus bersama Yusof, Gopal dan pegawai Safa kelmarin.
PESERTA Kursus Kejurulati­han Bola Sepak yang terdari daripada calon jurulatih Lesen B dan peserta separuh lulus Lesen A AFC/FAM yang telah menamatkan kursus bersama Yusof, Gopal dan pegawai Safa kelmarin.
 ??  ?? YUSOF (dua kanan) semasa sidang media di pejabat Safa di Maksak Likas kelmarin.
YUSOF (dua kanan) semasa sidang media di pejabat Safa di Maksak Likas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia