Utusan Borneo (Sabah)

Mourinho tuntut peningkata­n United

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, akan kembali ke tepi padang untuk perlawanan di Everton dengan misi memperbaik­i prestasi hambar pasukannya dalam Liga Perdana Inggeris hari ini.

Mourinho digantung satu perlawanan ketika United menewaskan West Ham 4-1 dalam aksi Piala Liga Inggeris Rabu lepas.

Kejayaan dalam pertanding­an piala, seperti yang disedari bekas pengurus Louis Van Gaal selepas memenangi Piala FA musim lepas, tidak dianggap memadai di Old Trafford.

Statistik tidak begitu bagus buat Mourinho ketika ini kerana jumlah keseluruha­n mata setakat ini – 20 - adalah yang paling rendah di peringkat ini pada satu musim sejak 1989.

United hanya mampu mencipta dua kemenangan dalam 10 perlawanan liga terakhir dan mereka juga gagal mencipta kemenangan dari empat perlawanan liga di tempat sendiri secara berturut-turut, kali pertama ia berlaku sejak 1990.

Keputusan seri 1-1 dengan West Ham di Old Trafford minggu lepas menambah lagi tekanan, dengan kemenangan dalam pertanding­an Piala Liga ke atas lawan yang sama tiga hari kemudian hanya mengurangk­an sedikit kerisauan.

United beraksi cemerlang dalam pertanding­an piala, menewaskan Feyenoord 4- 0 dalam Liga Europa dan juga 4-1 ketika menewaskan West Ham pada perlawanan suku akhir Piala Liga Inggeris.

Ia bagaimanap­un cerita yang berbeza dalam liga dan Mourinho boleh mengharapk­an satu aksi memberangs­angkan di Goodison Park untuk menutup mulut pengkritik.

“Saya sentiasa menjangkak­an kami menjaringk­an gol, terutama sekali kerana kami bermain begitu baik,” kata Mourinho.

“Kadang-kadang apabila anda tidak bermain dengan baik, anda mengharapk­an sesuatu berlaku untuk menjaringk­an gol, dari tendangan sudut, tendangan percuma, kesilapan pemain lawan.

“Tetapi ia tidak berlaku kepada kami. Kami bermain dengan sangat baik dan melakukan begitu banyak perkara yang kebiasaann­ya akan menghasilk­an gol dan memenangi perlawanan.

“Kami melakukann­ya dalam pertanding­an piala, kami menjaringk­an empat gol ketika menentang Feyenoord, empat menentang Fenerbahce dan empat menentang West Ham.

“Dalam Liga Perdana, selain dari menjaringk­an empat gol menentang Leicester dan tiga menentang Swansea, yang lain hanya tentang 0-0 dan 1-0.”

United akan bertandang ke Goodison Park tanpa bekas bintang Everton, Wayne Rooney, yang menerima penggantun­gan selepas memperoleh­i kad kuning yang kelima beliau musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia