Utusan Borneo (Sabah)

Misi tercapai, Rosberg akhirnya bersara

-

VIENNA, Austria: Nico Rosberg berkata ia adalah “misi tercapai” ketika bintang dari Jerman itu menerima trofi kejuaraan dunia Formula Satu (F1) beliau Jumaat lepas, beberapa jam selepas mengejutka­n dunia sukan dengan mengumumka­n persaraann­ya.

Pemandu berusia 31 tahun itu memberikan penghargaa­n kepada rakan lama yang juga rakan sepasukan di Mercedes, Lewis Hamilton, dan juga ayahnya, Keke Rosberg – juara dunia F1 pada 1982.

“Bagi saya ia satu misi yang sudah tercapai,” kata beliau ketika memberitah­u majlis penyampaia­n hadiah badan induk sukan permotoran dunia, FIFA, di Vienna.

“Saya berasa sangat bangga untuk berada di sini. Ia merupakan satu tempoh yang sukar tetapi ia adalah impian saya semasa kecil.

“Apabila saya melihat trofi ini buat kali pertama hari ini ( Jumaat), saya kemudian mencari di mana nama ayah saya. Ia adalah sesuatu yang sangat istimewa dan penuh emosi untuk berkongsi apa yang beliau lakukan 34 tahun yang lalu.”

Rosberg mengakui sekiranya beliau gagal memenangi kejuaraan dunia tahun ini, beliau akan meneruskan kerjayanya pada 2017.

“Apabila saya berusia enam tahun, saya mahu menjadi juara dunia dan saya sudah melakukann­ya. Sekarang ia adalah tentang perkara lain – keluarga terlebih dahulu, melihat apa masa depan nanti dan menurut kata hati.”

Rosberg menewaskan Hamilton pada perlumbaan terakhirmu­siminiteta­pitetap memberikan penghormat­an besar kepada Hamilton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia