Utusan Borneo (Sabah)

Rosberg umum persaraan mengejut

Dunia sukan permotoran tersentak

-

VIENNA, Austria: Keputusan Nico Rosberg mengumumka­n persaraan dari Formula Satu ( F1) secara mengejut Jumaat lepas, lima hari selepas memenangi kejuaraan dunia yangpertam­a,menyebabka­n sukan permotoran tersentak dengan pasukan Mercedes kini mencari rakan pemandu baharu bersama- sama Lewis Hamilton.

Pemandu berusia 31 tahun itu, yang akhirnya menewaskan Hamilton untuk memenangi kejuaraan dunia tahun ini, adalah juara dunia pertama yang bersara selepas Alain Prost pada 1993.

Rosberg membuat pendedahan di Vienna menjelang majlis penyampaia­n hadiah Persekutua­n Automobil Antarabang­sa (FIA).

“Saya membuat keputusan untuk menamatkan kerjaya F1 saya di sini,” kata Rosberg, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua di Abu Dhabi untuk menewaskan Hamilton dengan kelebihan lima mata.

Rosberg, yang sebelum ini tidak memberikan sebarang gambaran mahu bersara, berkata keputusan itu dibuat selepas kejuaraan dunianya.

“Saya tidak tahu jika saya mempunyai keberanian dan saya mengambil sedikit masa untuk bersuara,” kata beliau.

“Tetapi saya sudah selesai. Tamat cerita. Dan langkah seterusnya ialah menjadi seorang ayah dan suami dan saya tidak sabar untuk mengharung­inya.”

Hamilton, yang bersaing dengan Rosberg semasa perlumbaan go- kart ketika remaja sebelum perhubunga­n mereka tewas di Mercedes, berkata beliau tidak terkejut.

“Kami mula bersaing ketika berusia 13 tahun dan kami sentiasa bercakap tentang menjadi juara dunia,” kata Hamilton.

“Ia pastinya sesuatu yang sangat pelik dan juga menyedihka­n untuk tidak melihat beliau bersama pasukan pada tahun hadapan. Sukaniniak­anmerindui­beliau dan saya mengharapk­an yang terbaik untuk beliau selepas ini.”

Rosberg bersara dari F1 dengan rekod 23 kemenangan dan 30 kali menduduki petak pertama, menghabisk­an banyak masa di garaj bersama isterinya, Vivian Sibold, ibu kepada anak, Alaia, yang lahir pada bulan Ogos tahun lepas.

Pengurus pasukan Mercedes, Toto Wolff, yang sekarang mempunyai tugas sukar mencari pengganti Rosberg, berkata: “Bagi pasukan, ia adalah situasi yang tidak dijangka dan juga menarik.

“Ini adalah satu keputusan berani oleh Nico dan menunjukka­n kekuatan dirinya.

“Beliau memilih untuk bersara pada kemuncak kerjayanya, sebagai juara dunia selepas mencapai impiannya di masa kecil.”

Dengan memenangi kejuaraan dunia, Rosberg mengulangi kejayaan ayahnya, Keke, yang menjadi juara dunia F1 pada 1982.

Rosberg bermula dengan perlumbaan go kart pada usia enam tahun. Beliau dan Hamilton adalah pesaing pada 1997 dan menjadi rakan sepasukan pada 2000.

Pada 2002,beliau beralih ke kejohanan Formula BMW Jerman dan muncul juara.

Rosberg tiba di F1 bersama pasukan Williams, menerusi Siri Formula 3 Euro dan memenangi kejuaraan sulung GP2 pada 2005.

Sebelum menyertai Williams, beliau menolak satu tempat di Imperial College di London untuk belajar kejurutera­an aeronatik.

Rosberg memenangi podium pertama beliau pada Grand Prix Australia pada 2008, berkongsi kemenangan dengan Hamilton, yang tiba di F1 setahun lebih awal bersama pasukan McLaren.

Pada 2010, beliau berpindah ke pasukan yang diberi nama baharu, Mercedes selepas syarikat pengeluar kereta dari Jerman itu mengambil alih pasukan juara dunia milik Ross Brawn pad 2009.

Beliau pernah menjadi rakan sepasukan Michael Schumacher sebelum Schumacher bersara buat kali kedua dan pada 2013, Hamilton tiba.

Gandingan mereka memulakan penguasaan Mercedes. Walaupun Hamilton menewaskan beliau untuk muncul juara dunia pad 2014 dan 2015, Rosberg akhirnya muncul juara pada 2016.

Dalam satu pesanan kepada peminatnya menerusi laman sosial, Rosberg menulis: “Sejak 25 tahun berlumba, ia adalah impian saya untuk muncul juara Formula Satu. Menerusi kerja keras, pengorbana­n, kesukaran, ia adalah sasaran saya.

“Dan sekarang saya sudah mencapainy­a. Saya sudah mendaki kemuncak gunung, jadi ia (persaraan) kelihatan amat sesuai sekali.”

Mercedes berkata mereka akan mula mencari pengganti Rosberg minggu hadapan, dengan satu nama sudah disebut-sebut iaitu pemandu simpanan Mercedes, Pascal Wehrlein, yang memandu untuk pasukan Manor pada musim pertamanya dalam F1 tahun ini.

Rosberg adalah juara dunia kedua yang mengumumka­n bersara dari F1 tahun ini selepas juara 2008, Jenson Button mengumumka­n persaraan. Seorang lagi pemandu veteran, Felipe Massa, tidak pernah muncul juara dunia, juga mengumumka­n persaraan dari F1.

 ??  ??
 ?? -Gambar AFP ?? ROSBERG meraikan kemenangan­nya di podium selepas memenangi Grand Prix Belgian pada 28 Ogos lalu.
-Gambar AFP ROSBERG meraikan kemenangan­nya di podium selepas memenangi Grand Prix Belgian pada 28 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia