Utusan Borneo (Sabah)

Temasya Sukan AIM Daerah Ranau 10 Dis

- Oleh JAINUDIN NASIR

A15

RANAU: Orang ramai dijemput datang untuk menyaksi dan menyertai Temasya Sukan Amanah Ikthiar Malaysia ( AIM) daerah ini pada 10 Disember di padang SMK Mat Salleh bermula 7 pagi.

Pelbagai acara bakal diadakan sempena temasya itu termasukla­h, gerai pameran dan jualan, pertanding­an karaoke, teka jumlah biji kacang, sukan rakyat, cabutan tiket pengunjung bertuah dan perlawanan bola sepak yang akan disertai pasukan AIM Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu dan Kundasang, selain pasukan AIM Ranau selaku penganjur.

Pengurus Cawangan AIM Ranau yang juga Penasihat Kelab Sukan Usahawan Sahabat Ikthiar Ranau (Kusair) Adeli Abad memberitah­u AIM Ranau yang mula beroperasi sejak tahun 2000, kini bergerak aktif mempelbaga­ikan aktivitiny­a untuk memupuk perpaduan serta permuafaka­tan dalam kalangan ahli.

Katanya temasya sukan yang kali kedua diadakan itu adalah antara program yang dijalankan oleh badan itu.

“Kita menjemput orang ramai supaya hadir menyertai acara- acara yang akan diadakan sempena temasya berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankua­sa pengelola program itu di Pejabat Daerah Ranau.

Beliau berkata temasya itu juga diadakan sempena perasmian Kusair yang akan disempurna­kan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, bertempat di Dewan Perdana SMK Mat Salleh bermula jam 2 petang.

Adeli berkata jumlah keahlian Kusair kini mencecah 1,994 orang diketuai Nordiana Ansou, yang juga pengerusi Kelab AIM Ranau.

“Kerajaan telah memperuntu­kkan sejumlah RM10.8 juta kepada AIM Ranau bagi tahun 2017 sebagai dana untuk kemudahan pinjaman para ahli AIM yang aktif, sama ada mereka yang sudah lama menjadi ahli atau yang baharu mendaftar mengikut syaratsyar­at tertentu,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli AIM Ranau bersama Adeli (duduk, empat dari kanan) selepas mesyuarat itu.
SEBAHAGIAN ahli AIM Ranau bersama Adeli (duduk, empat dari kanan) selepas mesyuarat itu.
 ??  ?? ADELI
ADELI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia