Utusan Borneo (Sabah)

Ke arah melahirkan insan seimbang

Naib Canselor UMS berhasrat jadikan PML terbaik di rantau Borneo

-

NAIB Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berhasrat menjadikan Pusat Minda Lestari (PML) sebagai sebuah pusat perkembang­an kanak-kanak yang terbaik di rantau Borneo.

Sehubungan itu, Pelan Tindakan PML bagi tempoh lima tahun (20162020) telah dibentuk melibatkan kerjasama beberapa jabatan, fakulti dan institut di UMS untuk merealisas­ikan visi dan misi pusat berkenaan.

Menurut Harun pengemaski­nian kurikulum modul dan silibus pembelajar­an amat penting dalam melaksanak­an misi PML iaitu melestari dan mendukung pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu, selari dengan piawaian pendidikan global untuk melahirkan insan yang seimbang, menerusi kurikulum yang komprehens­if.

“Saya amat gembira dengan beberapa perubahan dan pembaharua­n yang dilaksanak­an di PML sejajar dengan pelan tindakan yang digariskan,” katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi PML 2016 di Dewan Kuliah Pusat 1 UMS, baru-baru ini.

Beliau berkata aspek pemakanan merupakan salah satu elemen penting dalam pembentuka­n awal kanak-kanak, justeru menu yang sihat dapat membantu tumbesaran kanakkanak secara ideal selain memastikan kesihatan mereka sentiasa terjaga.

Katanya Jawatankua­sa Pelan Pemakanan dan Kesihatan turut dibentuk melibatkan ahli daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS yang dipengerus­ikan oleh Dr Aza Sherin Mohamad Yusuff.

Tidak hanya tertumpu pada kerjasama dalam kampus, Harun berkata PML semakin rancak menjalin kerjasama dengan agensi luar.

Terbaru, katanya, PML menjalin kerjasama dengan Etiqa Takaful melalui Syarikat Putra & Associates Sdn Bhd dan mendapat tajaan sepenuhnya bagi melaksanak­an program Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n tahun ini.

“Ini membuktika­n bahawa PML telah mara setapak lagi dalam memastikan keterlihat­an pusat ini bukan hanya di peringkat dalaman bahkan turut mendapat kepercayaa­n oleh pihak luar dalam bersama-sama membangunk­an pendidikan awal kanak-kanak di Sabah,” katanya.

Beliau berkata selain yuran bulanan yang rendah, lokasinya yang terletak di dalam kawasan kampus memudahkan kakitangan UMS untuk menghantar anak-anak mereka di bawah pusat jagaan itu.

Tambah beliau, pihak universiti amat prihatin dan komited dalam memastikan fasiliti yang disediakan di PML adalah yang terbaik demi menjaga keselesaan dan keselamata­n kanakkanak.

Sementara itu, Majlis Graduasi Pusat Minda Lestari tahun ini yang membawa tema Fantasi Flora dan Fauna, yang diharap dapat memupuk dan menyemai semangat cintakan alam sekitar dan secara tidak langsung menyokong aspirasi ekokampus di UMS.

 ??  ?? KANAK-KANAK PML Terima Sijil Tamat Prasekolah.
KANAK-KANAK PML Terima Sijil Tamat Prasekolah.
 ??  ?? AIRIS Arrisa Murnizam terima sijil tamat prasekolah.
AIRIS Arrisa Murnizam terima sijil tamat prasekolah.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N kanak-kanak PML.
PERSEMBAHA­N kanak-kanak PML.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N pembukaan Majlis Graduasi Pusat Minda Lestari UMS.
PERSEMBAHA­N pembukaan Majlis Graduasi Pusat Minda Lestari UMS.
 ??  ?? MUHAMAD Syazwan Samsuidin menerima Anugerah Terbaik ICT.
MUHAMAD Syazwan Samsuidin menerima Anugerah Terbaik ICT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia