Utusan Borneo (Sabah)

Eksport sarang burung walet disasar lebih RM4.5 bilion menjelang 2020: Nogeh

-

SERDANG: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarka­n nilai eksport keseluruha­n sarang burung walet melebihi RM4.5 bilion menjelang 2020.

Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani II, Datuk Nogeh Gumbek berkata Malaysia adalah antara pengeluar sarang burung walet terbesar di dunia.

Beliau berkata Malaysia mengekspor­t sebanyak 16,000 tan sarang burung walet mentah bersih ke China membabitka­n nilai RM89 juta pada tahun lepas.

“Jumlah pendapatan hasil daripada keseluruha­n industri ini, yang diperoleh pada tahun lepas berjumlah RM400 juta.

“Industri ini semakin berkembang dan kita kini giat mempromosi industri ini kerana permintaan yang semakin berkembang,” katanya selepas pelancaran produk sarang burung walet bersempana Pameran Pertanian Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n 2016 (MAHA2016), di sini kelmarin.

Dengan pengeluara­n sarang burung walet antara 350 dan 400 tan metrik setahun, Nogeh berkata Malaysia berupaya mengeluark­an pelbagai produk berasaskan sarang burung walet, daripada sarang burung walet mentah belum bersih, sarang burung walet mentah bersih dan produk tambah nilai.

Pada 2010 hingga 2016, Malaysia mengekspor­t produk sarang burung walet ke 22 negara.

Sehingga Oktober 2016, sebanyak 267 tan metrik produk sarang burung walet dieksport ke 12 negara.

“Bagaimanap­un pengeluar- an produk tambah nilai masih kecil iaitu kurang daripada 10 peratus daripada jumlah yang dieksport.

“Jadi, pelbagai usaha dan kajian telah dilaksanak­an dalam usaha membangunk­an produk berasaskan sarang burung walet,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? NOGEH (lima kiri) melawat booth pameran ketika pelancaran produk Burung Walit di Laman Ternakan, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) kelmarin. Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Vaterinar, Datuk Dr Kamarudin Md Isa (tiga kiri) dan Ketua...
— Gambar Bernama NOGEH (lima kiri) melawat booth pameran ketika pelancaran produk Burung Walit di Laman Ternakan, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) kelmarin. Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Vaterinar, Datuk Dr Kamarudin Md Isa (tiga kiri) dan Ketua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia