Utusan Borneo (Sabah)

Sinar gembira di Bukit Harapan

Kanak-kanak kurang bernasib baik dirai sempena Krismas

- KANAK- KANAK

B

AGI meraikan golongan yang kurang bernasib baik sempena perayaan Krismas, Hotel Grandis mengadakan kunjungan ke Bukit Harapan untuk menyampaik­an sumbangan kepada penghuni di rumah perlindung­an berkenaan, di sini baru-baru ini.

Kunjungan diketuai oleh Pengarah Jualan Hotel Grandis Evangeline Tseu. Kira-kira 20 kakitangan Hotel Grandis menyertai kunjungan amal berkenaan yang menjadi sebahagian daripada Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Hotel Grandis.

Kunjungan daripada kakitangan Hotel Grandis itu disambut dengan persembaha­n lagu Christmas oleh kanak-kanak yang menghuni di Bukit Harapan.

Dalam majlis yang ringkas itu, Hotel Grandis mengadakan sedikit jamuan serta persembaha­n silap mata bagi menghiburk­an kanak-kanak di rumah perlindung­an berkenaan. Badut juga turut dijemput bagi menyediaka­n belon untuk diberikan kepada kanak-kanak.

Di samping itu, Hotel Grandis turut menyampaik­an sumbangan beras kepada Bukit Harapan.

Bukit Harapan yang diwakili oleh Audra Keyworth turut memberi taklimat ringkas mengenai Bukit Harapan.

 ??  ?? EVANGELINE (baris kedua-kiri) bersama kakitangan Hotel Grandis dan kanak-kanak yang menghuni Bukit Harapan.
EVANGELINE (baris kedua-kiri) bersama kakitangan Hotel Grandis dan kanak-kanak yang menghuni Bukit Harapan.
 ??  ?? Bukit Harapan masing- masing kelihatan gembira ketika kunjungan kakitangan Hotel Grandis baru- baru ini.
Bukit Harapan masing- masing kelihatan gembira ketika kunjungan kakitangan Hotel Grandis baru- baru ini.
 ??  ?? BADUT yang dijemput untuk menghiburk­an dan menyediaka­n belon untuk diagihkan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik yang berada di Bukit Harapan.
BADUT yang dijemput untuk menghiburk­an dan menyediaka­n belon untuk diagihkan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik yang berada di Bukit Harapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia