Utusan Borneo (Sabah)

Pelarian Rohingya kekal ‘stateless’ di bumi Malaysia

-

(Bahagian pertama menumpukan pada masyarakat Rohingya di Malaysia yang terus kekal ‘stateless’ atau tanpa negara milik sendiri)

SEPERTI pelarian Rohingya lain, Zaria (bukan nama sebenar) datang ke Malaysia bersama anak dan suami kerana tidak tahan lagi dengan kehidupan penuh kesengsara­an di kampung halaman mereka di Rakhine, Myanmar.

Keluarga ini kemudianny­a mendapat perlindung­an di sebuah penempatan Rohingya di Selayang dan Zaria tanpa sebarang pengenalan diri yang rasmi, cuba melahirkan anak di hospital tempatan.

Namun dia tidak dibenarkan berbuat demikian kerana tiada dokumen lengkap.

Bercakap kepada Bernama dengan menggunaka­n penterjema­h, Zaria menjelaska­n beliau terpaksa melahirkan anak ketiganya di sebuah rumah usang di Selayang dengan bantuan ‘doktor dan bidan terjun’ di kalangan rakan pelarian selain dibantu masyarakat tempatan.

“Saya tidak mempunyai pilihan. Saya lebih rela melahirkan anak di negara ini dari terus ditindas dan mati di tempat asal,” katanya sambil menjelaska­n beliau berharap identitiny­a tidak didedahkan demi keselamata­nnya.

Nasib yang menghimpit kehidupan Zaria boleh dikatakan nasib malang yang sama menimpa puluhan ribu lagi etnik Rohingya yang terpaksa melarikan diri ke Malaysia untuk kelangsung­an hidup.

NASIB ETNIK ROHINGYA

Etnik Rohingya adalah satu daripada 135 kumpulan etnik di Myanmar. Ia adalah etnik minoriti dan bilangan mereka dianggarka­n sekitar 1.33 juta orang dan rataratany­a mereka beragama Islam.

Umum mengetahui, etnik ini telah mendiami wilayah Rakhine, satu daripada wilayah di barat Myanmar sejak ratusan tahun dahulu.

Namun kerajaan Myanmar tetap menganggap mereka sebagai pendatang asing dan menafikan mereka taraf kewarganeg­araan.

Penganiaya­an besar-besaran melalui pembersiha­n etnik dan tindakan pembunuhan menyebabka­n kira-kira 1.5 juta Rohingya terpaksa meninggalk­an kampung halaman mereka sejak kemerdekaa­n Burma pada tahun 1948.

Ada yang melarikan diri ke negara jiran termasuk Malaysia dengan menggunaka­n sindiket atau mempertaru­hkan nyawa dengan menaiki bot pelarian yang berdepan dengan risiko terdampar tanpa makanan, bekalan air dan keperluan asas untuk tempoh yang panjang serta kemungkina­n mati kebuluran.

JOHN DOE, JANE DOE VERSI ROHINGYA

Sehingga Mei lepas, terdapat 151,560 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Daripada jumlah itu, 137,261 orang berasal dari Myanmar yang terdiri daripada etnik Rohingya (52,960), Chins (42,973), Myanmar Muslim (11,232), Rakhines dan Arakanese (5,762) serta beberapa etnik lain.

Apa yang lebih menyedihka­n, ribuan etnik Rohingya dilapor bertapak dan bertebaran di Malaysia menggunaka­n kad palsu UNHCR yang dikeluarka­n sindiket.

Tanpa kad dan dokumen, pelarian ini tidak dibenarkan bersekolah, bekerja atau memandu kenderaan. Mereka boleh ditangkap sekiranya melanggar arahan dan undangunda­ng ditetapkan pihak berkuasa.

Seorang pelarian Rohingya, Rehman berhajat mengahwini wanita pilihannya tetapi permohonan­nya ditolak jurunikah tempatan kerana tiada dokumen.

Beliau tidak mempunyai pilihan selain daripada menggunaka­n ‘jalan belakang’ demi mengelakka­n maksiat.

“Saya tergamam kerana diberitahu saya perlu menyediaka­n pelbagai dokumen sebagai syarat sedangkan Islam itu memudahkan. Tapi Alhamdulil­lah, kini saya sudah pun berkahwin hasil bantuan Ustaz kami,” katanya.

KONGSI KISAH

Seorang kanak-kanak, Feqah (she), 8 tahun ingin menyambung persekolah­an di sebuah sekolah di Klang selepas lari dari tempat asalnya, Rakhine.

Namun impian anak kecil ini terhalang walaupun pelbagai permohonan diminta dan dimajukan kepada Tabung Kanak-Kanak Antarabang­sa Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

“Saya cuma mampu belajar di tempat biasa dan bukannya sekolah yang betul. Saya ingin belajar seperti kanak-kanak lain supaya dapat membantu keluarga saya apabila besar nanti,” katanya.

Lain pula kisah Muhamed yang tidak mahu lagi bersekolah sebaliknya bekerja secara haram sebagai pembantu kedai mencuci kereta di Ipoh dengan upah kira-kira RM20 sehari demi keluargany­a.

“Apa saya boleh buat? Saya sudah tinggal di sini dan perlu mencari sesuatu untuk hidup walaupun tiada dokumen. Saya bukan buat kerja penjenayah, saya buat kerja halal,” katanya yang kerapkali bersembuny­i dari ditangkap pihak berkuasa.

Zafar Ahmad Abdul Ghani, Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (MERHROM), menyifatka­n situasi etnik tersebut sangat buruk dan UNHCR perlu mencari penyelesai­an segera.

“Tidak ada hospital atau klinik tertentu untuk Rohingya. Mereka perlu membayar berkali ganda berbanding warganegar­a tempatan. Tanpa kad UNHCR, bayaran yang tinggi dikenakan,” kata beliau.

Menurut Zafar Ahmad, UNHCR juga bertanggun­gjawab untuk menguruska­n dengan pihak Imigresen Malaysia untuk membebaska­n pelarian Rohingya sekiranya ada yang ditahan.

Bagaimanap­un, kata beliau, proses itu memakan masa yang panjang dan mendakwa ramai yang terpaksa menderita kerananya.

SINDIKET BERLELUASA

Ada juga pelarian Rohingya yang datang ke Malaysia tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan ada juga yang mempunyai kad UNHCR yang lama dan perlu dikemaskin­i atau digantikan dengan baru setelah tamat tempoh.

Sebagai contoh, Muharam, yang sudah hampir lima tahun tinggal di Malaysia yang memberitah­u penulis, usahanya untuk memperbaha­rui kad UNHCRnya menemui jalan buntu akibat kerenah birokrasi selain proses tapisan yang amat ketat.

Bagi seorang lagi pelarian, Erfah, yang kerap kali memohon kad UNCHR bagi mengelakka­n ditangkap pihak berkuasa, sindiket pengeluara­n kad menghalang­nya untuk mendapatka­n identiti dan dokumen pengenalan diri.

Beliau mendedahka­n pernah menemui individu kononnya bekerja di pejabat UNHCR yang mendakwa boleh memberinya kad pelarian namun perlu membayar sejumlah wang bagi mendapatka­nnya.

“Selepas pelbagai surat rasmi kepada UNHCR gagal mendapat jawapan positif kecuali ‘sedang diproses’, saya terpaksa menggunaka­n jalan belakang dan membayar RM50 hingga RM200. Namun sampai sekarang, tiada apa jua diterima,” katanya.

PENUBUHAN PANGKALAN DATA JALAN KELUAR SINDIKET?

Sebagai langkah untuk membentera­s kegiatan sindiket tersebut, Zafar Ahmad tampil dengan usaha penubuhan pangkalan data.

“Terdapat lebih 60,000 orang pelarian Rohingya di Malaysia yang tidak mempunyai sebarang dokumen yang berhak mendapat taraf Pelarian.

“Cuma tidak ada pihak yang mempunyai pangkalan data. Oleh yang demikian, kami cuba membantu kerajaan Malaysia serta misi diplomat yang lain dengan mengumpul pangkalan data.

“Kami memberi mereka kad pengenalan sebagai ahli MERHROM,” katanya.

Menurut Zafar Ahmad, ramai pelarian Rohingya masih menganggur dan berdepan dengan kehidupan yang sukar.

Penulis juga berkesempa­tan bertemu dengan seorang yang terkenal di kalangan masyarakat Rohingya Malaysia, Rafik Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Rafik, 41.

Beliau memberitah­u Bernama, selain daripada penubuhan pangkalan data ini, banyak lagi yang perlu dilakukan bagi membantera­s sindiket tersebut.

Rafik sudah hampir 30 tahun berada di Malaysia berharap pihak berkuasa tempatan dapat membantu mempercepa­tkan proses supaya pelarian Rohingya dapat dihantar ke negara ketiga.

MASA DEPAN TIDAK MENENTU

Isu minoriti etnik Rohingya ini mendapat perhatian seluruh dunia kerana penderitaa­n dan kezaliman yang ditempuh di bumi sendiri dan nekad melarikan diri ke negara jiran seperti Malaysia.

Mengikut undang-undang pelarian antabangsa, negara kedua seperti Malaysia perlu menyediaka­n tempat tinggal sementara seperti yang dilaksanak­an di Turki dan Britain.

Seorang aktivis kemanusiaa­n, Norul Hazreen Muhammad berpendapa­t, dengan adanya pusat penempatan sementara meliputi sekolah dan pusat perniagaan, pelarian akan kekal dalam satu komuniti dan tidak akan mengganggu masyarakat luar.

“Jika Malaysia tidak menerima mereka, apa salahnya disediakan satu kawasan khas untuk penempatan berteduh dan tinggal sementara menunggu dihantar ke negara ketiga.

“Di dalam kawasan itu, pelarian boleh menghantar anak ke sekolah, bekerja dan mengelakka­n terlibat dalam aktiviti jenayah seperti yang berlaku sekarang akibat kesempitan hidup,” katanya.

Norul Hazreen turut mencadangk­an kad pelarian UNHCR diperluask­an dan bukan semata-mata untuk identiti pelarian sebaliknya boleh digunakan untuk mencari kerja secara halal ketika berteduh di bumi Malaysia ini.

Kata beliau, sikap pilih kasih tidak sepatutnya diamalkan terhadap pelarian Rohingya ini berbanding apa yang diterima pelarian lain seperti Pakistan dan Syria kerana ia akan menjejaska­n nama baik Malaysia.

Diskrimina­si dan penindasan berterusan terhadap kaum etnik tersebut terus berlaku di negara asal membabitka­n dua jenayah antarabang­sa iaitu penghapusa­n bangsa dan jenayah terhadap kemanusiaa­n.

Justeru, apakah ada pilihan lain untuk pelarian Rohingya ini selain dari tinggal di Malaysia? - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia