Utusan Borneo (Sabah)

Polis Beluran tahan dua lelaki tempatan

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Polis menangkap dua lelaki tempatan dan merampas 149.0 gram dadah disyaki jenis syabu di kawasan kedai di Kampung Long-long, Batu 8 Wonod Telupid, kirakira jam 5.45 petang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Beluran Supt Shivananth­an A/L R Velauthan berkata dua lelaki terbabit berumur 27 dan 44 tahun, masing-masing beralamat di Lahad Datu dan Ranau.

Katanya sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran telah melakukan tugas Ops Tapis Dadah di sepanjang Jalan Telupid-Ranau dan TelupidBel­uran.

Menurutnya polis menahan dua lelaki yang kelihatan sedang berdiri di kawasan lapang berhampira­n deretan kedai di Kampung Long-long Batu 8 dalam keadaan mencurigak­an.

“Setelah anggota kita menghampir­i dan memperkena­lkan diri sebagai polis, kedua- dua lelaki itu terkejut dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Katanya semasa pemeriksaa­n ke atas lelaki 27 tahun yang juga penganggur itu, polis menemukan satu bungkusan plastik berwarna merah dalam poket berzip pada beg sandang yang dipakainya.

“Setelah dibuka bungkusan plastik merah itu di hadapan kedua-dua lelaki terbabit dan anggota yang lain, dijumpai tiga paket plastik warna cerah bersaiz sederhana besar, masing-masing setiap satu berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu,” katanya.

Shivananth­an berkata dadah terbabit beratnya dianggarka­n 149.0 gram dan anggaran harga ialah RM13,500.

Kedua-dua suspek dibawa ke IPD Beluran untuk tindakan lanjut. Ujian urin yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis syabu (methapheta­mine).

 ??  ?? SHIVANANTH­AN (tengah) bersama Ketua BSJN Beluran, Insp. Mohd Yusri Ya’acob (tiga kiri) dan anggota cawangan narkotik IPD Beluran menunjukka­n dadah disyaki syabu seberat 149.0 gram bernilai RM13,500 yang dirampas.
SHIVANANTH­AN (tengah) bersama Ketua BSJN Beluran, Insp. Mohd Yusri Ya’acob (tiga kiri) dan anggota cawangan narkotik IPD Beluran menunjukka­n dadah disyaki syabu seberat 149.0 gram bernilai RM13,500 yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia