Utusan Borneo (Sabah)

Maritim Malaysia bantu bakal ibu anak kembar terima rawatan susulan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KUDAT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( Maritim Malaysia) melancarka­n bantuan kecemasan dengan membantu memindahka­n seorang pesakit wanita yang sarat mengandung dari Klinik Kesihatan Karakit ke Hospital Kudat.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata pemindahan pesakit terbabit yang ketika itu adalah bagi mendapatka­n rawatan susulan segera di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas.

“Bilik Operasi Maritim 16 Kudat menerima panggilan kecemasan daripada doktor bertugas di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi memaklumka­n salah seorang pesakitnya memerlukan pemindahan segera.

“Pesakit berumur 32 tahun ketika itu mengandung anak kembar berusia lapan bulan menghidap penyakit darah tinggi dan air kencing kotor.

“Doktor bertugas turut memaklumka­n pesakit memerlukan rawatan segera doktor pakar dari HWKK Likas berikutan keadaan pesakit yang berkemungk­inan besar akan diserang sawan dan boleh membawa maut jika tidak dirawat segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata pihaknya segera menggegask­an Bot Pengawal 44 ke lokasi untuk memberi bantuan berikutan bot sedia ada milik klinik terbabit mengalami kerosakan.

“Sebaik tiba di Jeti Karakit pada jam 6.05 petang, pesakit berjaya dipindahka­n ke bot dan tiba di Jeti Marina, di sini, kira-kira jam 8.10 malam.

“Pesakit kemudianny­a dipindahka­n ke van ambulans dan dihantar ke Hospital Daerah Kudat untuk mendapatka­n rawatan susulan sebelum dihantar ke HWKK Likas untuk rawatan selanjutny­a,” katanya.

Mohd Zubil berkata Maritim Malaysia sentiasa bersiap siaga menyalurka­n bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat yang memerlukan bantuan semasa berlakunya kecemasan atau bencana.

 ??  ?? PESAKIT ketika berada di Bot Pengawal 44 untuk dihantar ke Jeti Marina Kudat.
PESAKIT ketika berada di Bot Pengawal 44 untuk dihantar ke Jeti Marina Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia