Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki terakhir berjalan di bulan meninggal

Masharipov, militan terlatih IS, ditangkap dalam serbuan polis di Esenyurt Turki

-

Dia dilatih di Afghanista­n dan mahir bertutur empat bahasa. Dia seorang teroris yang amat terlatih. VASIP SAHIN Gabenor

ISTANBUL: Lelaki yang dipercayai membunuh 39 orang pada malam Tahun Baharu di sebuah kelab malam di Istanbul mengaku selepas polis Turki menangkapn­ya dalam satu operasi besar-besaran, menurut seorang pegawai tempatan semalam.

“Pengganas terbabit mengakui jenayahnya,” kata Gabenor Vasip Sahin kepada wartawan dan mengenal pasti suspek sebagai Abdulgadir Masharipov yang dilahirkan di Uzbekistan pada 1983.

“Dia dilatih di Afghanista­n dan mahir bertutur empat bahasa.

“Dia seorang teroris yang amat terlatih,” tambah Sahin.

Suspek ditangkap kelmarin dalam serbuan polis ke atas sebuah pangsapuri di daerah Esenyurt pada bahagian Eropah Istanbul.

Pihak berkuasa sudah dua minggu memburu penyerang susulan pertumpaha­n darah di kelab malam mewah Reina di pinggir Selat Bosphorus yang diakui oleh kumpulan Islamic State (IS).

Seorang lelaki Iraq serta tiga wanita dari Mesir dan Afrika turut ditahan di dalam pangsapuri yang sama, tambah Sahin.

“Jelas sekali serangan itu dilancarka­n demi Daesh,” katanya menggunaka­n akronim Arab untuk kumpulan itu, sambl menambah empat lagi suspek kemungkina­n besar ada kaitan dengan IS.

Media Turki terdahulu melaporkan pembunuh itu ditangkap bersaam anak lelakinya yang berusia empat tahun, tetapi Sahin menegaskan anak terbabit tidak berada di tempat kejadian semasa serbuan polis.

Polis merampas wang tunai AS$197,000, dua senjata api dan klip peluru di pangsapuri tersebut.

Kira- kira 2,000 pegawai polis terlibat dalam operasi tersebut yang disokong anggota perisikan, menurut pegawai terbabit.

Polis telah menyerbu sekurang-kurangnya 152 alamat dan menahan 50 suspek, kata Sahin sambil menambah, suspek memasuki Turki secara haram dari sempadan timur.

Penyerang melarikan diri selama 17 hari dan laporan sebelum ini menyebut dia tidak pernah meninggalk­an metropolis Turki itu, sekali gus mencetuska­n kebimbanga­n seorang pembunuh berbahaya sedang bergerak bebas di bandar raya itu.

Media Turki menerbitka­n gambar lelaki yang ditahan itu dengan darah pada kemeja-T dan wajahnya, lehernya digenggam oleh seorang anggota polis.

Imej televisyen menunjukka­nnya diheret dengan kasar, dengan kepala yang tertunduk.

Dia menjalani pemeriksaa­n wajib kesihatan sebelum dibawa ke ibu pejabat polis di Istanbul untuk disoal siasat.

Imej penyerang yang disyaki dan dikeluarka­n oleh polis sewaktu operasi memburunya diambil dari sebuah video senyap yang menyeramka­n dan didakwa diambilnya di Dataran Taksim, Istanbul, dengan kayu ‘ selfie’ sebelum melakukan pembunuhan.

Kekeliruan timbul mengenai identiti penyerang selepas pembunuhan itu berlaku, dengan laporan mulanya menyebut tentang seorang warga Kyrgyz dan kemudian seorang lelaki Uygur dari China.

Namun laporan pada 8 Julai lalu menyebut badan perisikan dan polis antikegana­san di Istanbul sudah mengecamny­a sebagai seorang lelaki Uzbek berusia 34 tahun yang merupakan anggota sebuah sel IS di Asia Tengah.

Agensi berita Anadolu yang dikendalik­an kerajaan mengenal pasti lelaki yang ditahan itu sebagai Abdulgadir

Masharipov, manakala agensi berita Dogan berkata dia menggunaka­n nama kod Ebu Muhammed Horasani dalam IS.

Ini adalah nama sama yang diberikan dalam laporan pada 8 Januari lepas.

Suspek tinggal di sebuah pangsapuri yang disewa seorang lelaki Kyrgyz di Istanbul yang turut ditahan, TRT melaporkan.

Polis mengesan lokasinya tiga hari sebelum ini, tetapi memilih untuk mengekorin­ya bagi mengenal pasti orang hubunganny­a.

Laporan media Turki menyatakan lelaki bersenjata itu merupakan seorang pembunuh terlatih yang pernah berperang untuk IS di Syria dan memperoleh­i kepakaran senjata di sana.

Siasatan turut memberi tumpuan kepada kota Konya, tengah Turki, di mana penyerang dilaporkan tinggal selama beberapa minggu selepas diakembali dari Syria sebelum berpindah ke Istanbul.

Daripada 39 orang yang maut dalam serangan itu, hanya 75 minit selepas tahun 2017, 27 adalah warga asing termasuk dari Lubnan, Arab Saudi, Tel Aviv, Iraq dan Maghribi.

 ?? — Gambar Reuters ?? RAKAMAN gambar video yang diedarkan polis Turki sejak 3 Januari lalu menunjukka­n Masharipov merakam ‘selfie’ di Isntabul manakala gambar kanan menunjukka­n keadaan suspek selepas ditangkap polis di Istanbul lewat kelmarin.
— Gambar Reuters RAKAMAN gambar video yang diedarkan polis Turki sejak 3 Januari lalu menunjukka­n Masharipov merakam ‘selfie’ di Isntabul manakala gambar kanan menunjukka­n keadaan suspek selepas ditangkap polis di Istanbul lewat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia