Utusan Borneo (Sabah)

Harta bekas pengarah syarikat kekal dilucut hak

Gagal rayuan kes terima deposit dan pengubahan wang haram RM286j

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini, mengekalka­n perlucutan hak harta terhadap seorang bekas pengarah sebuah syarikat, kerana menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah dan melakukan pengubahan wang haram melibatkan RM286 juta.

Hakim Dato’ Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Vernon Ong Kam Kiat dan Dato’ Abdul Rahman Sebli sebulat suara membuat keputusan itu terhadap Datuk Noor Ismahanum Mohd Ismail, 33.

Selepas mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah berpuas hati dan memutuskan untuk tidak mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 11 Disember 2015, Mahkamah Tinggi berpendapa­t bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n wang berkenaan hasil aktiviti pengubahan wang haram, mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Ins titusiInst­i tusi Kewangan 1987 (BAFIA).

Pada 30 Oktober 2014, Noor Ismahanum dan syarikat Worldwide Far East Sdn Bhd, didenda sebanyak RM2,575,000 dan lima tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah.

Perayu didakwa menerima deposit sebanyak RM3.88 juta daripada orang awam tanpa lesen yang sah, yang mana didakwa mengikut Seksyen 6 (4) BAFIA (Akta 372).

Dalam pada itu, perayu menerima deposit melibatkan transaksi emas di Marina Court, Jalan Tun Fuad Stephen, pada 6 hingga 28 Disember 2010.

Syarikat berkenaan yang diwakili Noor Ismahanum turut didakwa melakukan kesalahan sama, antara 28 Disember 2010 hingga 23 April 2012, di no 118, tingkat 11, Wisma Fok Loi, di sini.

Untuk itu, syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 25 (1) BAFIA dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103 (1) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM10 juta atau penjara sehingga sepuluh tahun, atau kedua- duanya sekali jika sabit kesalahan.

Selain itu, perayu juga menerima wang daripada aktiviti haram yang melibatkan wang sebanyak RM6.85 juta.

Kesalahan itu dilakukan di CIMB Bank Berhad, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur, pada 4 Julai 2011 hingga 31 Disember 2012.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 ( 1) ( a) Akta Pencegah Pengubahan Wang Haram dan Pencegah Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Bagi pertuduhan BAFIA, Noor Ismahanum dikenakan penjara tiga tahun untuk dua pertuduhan ke atasnya, manakala syarikat didenda sebanyak RM1 juta.

Manakala untuk semua 57 pertuduhan AMLA ke atas tertuduh dan syarikatny­a, syarikat dikenakan denda sebanyak RM1,275,000 dan tertuduh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun.

Namun, mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara bagi kesalahan BAFIA dan AMLA berjalan serentak, yang mana semuanya lima tahun.

Selepas mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah berpuas hati dan memutuskan untuk tidak mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia