Utusan Borneo (Sabah)

Era Digital Muzik Awards ‘live’ di FB ERA fm, malam ini

-

ACARA anugerah yang menggunaka­n sepenuhnya medium digital dan media sosial yang pertama di Malaysia iaitu ERA Digital Muzik Awards 2016 (#ERADMA2016) akan bersiaran secara langsung melalui Facebook ERA fm bermula jam 9 malam ini (18 Januari 2017).

Acara anugerah #ERADMA2016 yang akan dihoskan oleh Nabil Ahmad ini memberi peluang kepada Netizen untuk memilih pemenang dalam setiap kategori tanpa penilaian juri dan pengundian 100 peratus dilakukan secara digital di edma.era.fm serta ruang media sosial ERA fm.

Tujuan #ERADMA2016 diadakan adalah untuk memberi pengiktira­fan kepada anak-anak seni tempatan khasnya yang memulakan bidang nyanyian serta mempamerka­n bakat nyanyian mereka dengan menggunaka­n medium digital dan media sosial supaya dapat mengembang­kan lagi bakat dan kerjaya mereka dalam bidang yang diceburi.

Idea tercetusny­a untuk anugerah ini adalah kerana jumlah pengguna media sosial di Malaysia yang semakin bertambah serta lambakan bakat baru dalam dunia hiburan dilahirkan melalui medium digital atau media sosial.

Selain penyam-paian anugerah, #ERADMA2016 turut menampilka­n beberapa persembaha­n artis-artis popular negara antaranya Aiman Tino, Amyra Othman dan ramai lagi.

Sebagai permulaan memperkena­lkan anugerah yang lebih fokus ke arah digital dan sosial media, sebanyak lima kategori telah diperkenal­kan.

Antaranya adalah seperti Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016 , Lagu Nyanyian Semula Terbaik

2016, Lagu Paling Emo 2016, Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 40 2016, Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 2016 dan satu anugerah tambahan iaitu Penyanyi Harapan Baru Pilihan Digi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai #ERADMA2016 sila ikuti laman sosial ERA fm (Facebook, Instagram, Twitter) dan layari www.era. fm dan edma. era.fm.

 ??  ??
 ??  ?? WARIS #ERADMA2016: Juzzthin turut tercalon dalam kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016.
WARIS #ERADMA2016: Juzzthin turut tercalon dalam kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016.
 ??  ?? Aiman Tino dan Sufian Suhaimi bersaing dalam kategori Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016 dan Lagu Paling Emo 2016.
Aiman Tino dan Sufian Suhaimi bersaing dalam kategori Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016 dan Lagu Paling Emo 2016.
 ??  ?? FAIZAL TAHIR
FAIZAL TAHIR
 ??  ?? YUNA
YUNA
 ??  ?? TASHA MANSHAHAR
TASHA MANSHAHAR
 ??  ??
 ??  ?? BERSAING:
BERSAING:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia