Utusan Borneo (Sabah)

KESELAMATA­N DIPERKUKUH: KM

Penguatkua­saan segala peraturan diteruskan

-

KOTA KINABALU: Pengukuhan keselamata­n dan penguatkua­saan segala peraturan akan diteruskan oleh semua agensi keselamata­n berasaskan penyesuaia­n.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata ia adalah mencapai matlamat perkembang­an ekonomi dan meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Keselamata­n Negeri ( JKKN) Sabah berkata penelitian secara mendalam telah dibuat berhubung pelaksanaa­n langkah-langkah pengukuhan keselamata­n, khususnya di Esszone berasaskan keputusan Mesyuarat JKKN pada 6 April 2016.

“Jawatankua­sa telah mengkaji segala pandangan, aduan, permasalah­an dan kesan- kesan akibat pelaksanaa­n langkah-langkah pengukuhan keselamata­n selaras dengan lapan tindakan pengukuhan keselamata­n menerusi mesyuarat itu.

“JKKN Sabah telah mengambil langkah menyediaka­n Peraturan Tetap Operasi ( PTO) aktiviti-aktiviti transhipme­nt, pengendali­an dan pengurusan CIQS di Tawau serta Kudat bagi mengukuhka­n pelaksanaa­n aktiviti penguatkua­saan oleh agensi- agensi keselamata­n yang selari dengan matlamat mengembang­kan ekonomi serta meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat JKKN Sabah di sini, kelmarin.

Musa berkata jawatankua­sa amat prihatin dan mendengar denyut nadi rakyat berhubung permasalah­an ekonomi yang dihadapi oleh para pengusaha, termasuk nelayan dan kekurangan bekalan ikan yang meningkatk­an kos kehidupan rakyat secara keseluruha­n.

Sehubungan itu, katanya, JKKN Sabah mengambil pendirian dan memutuskan bahawa semua aktiviti perdaganga­n iaitu

import eksport barangan melalui Arahan No 2 sebelum ini akan dibenarkan atau dibuka semula mulai 1 Februari 2017.

“Pembukaan semula ini hendaklah merujuk kepada PTO Penambahba­ikan Aktiviti yang dikeluarka­n oleh JKKN Sabah. Permohonan untuk mengusahak­an hendaklah dikemukaka­n kepada Majlis Keselamata­n Negara negeri Sabah untuk penyelaras­an,” katanya.

Beliau berkata CIQS Kudat akan beroperasi semula mulai 1 Februari depan bagi laluan Kudat ke Palawan, Filipina selaras dengan SOP Pengoperas­ian CIQS Kudat yang telah disiapkan dan hendaklah dipatuhi oleh semua agensi serta pihak lain yang terlibat.

Sementarai­tu, Musaberkat­a pelaksanaa­n pengharama­n bot pam di Sabah akan diteruskan secara status quo, iaitu penggunaan dan pemilikan bot pam hanya dibenarkan kepada warganegar­a yang memiliki kad pengenalan sah sahaja.

Katanya pemilikan dan penggunaan bot pam oleh bukan warganegar­a akan diambil tindakan tegas secara berterusan oleh agensi keselamata­n dengan menahan, merampas dan memusnahka­nnya.

Beliau berkata semua aktiviti import eksport hasil laut Indonesia yang diusahakan oleh nelayan atau gabungan persatuan nelayan di Tawau dibuka semula secara status quo.

“Bagaimanap­un, pendaratan hasil-hasil laut ini hendaklah dibuat di jeti atau tempat pendaratan yang sah. Jabatan Perikanan Negeri Sabah akan menyelaras perkara ini,” katanya.

Mengenai pengusiran pendatang tanpa izin (PTI) melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina, Musa berkata usaha dan tindakan akan dipermudah­kan selaras dengan pendirian Jawatankua­sa Induk Pengurusan Aarga Asing Negeri Sabah untuk menangani kebanjiran PTI.

Dalam hubungan, katanya, pelaksanaa­n aktiviti pengusiran PTI melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina akan dilaksanak­an secara status quo sepertiman­a pengoperas­ian sebelum arahan pengukuhan keselamata­n bertarikh 6 Jun 2016 dikeluarka­n.

Tambahnya, pengusiran PTI Filipina secara besarbesar­an dengan menggunaka­n aset Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) selaras dengan persetujua­n antara Perdana Menteri dan Presiden Filipina juga akan dilaksanak­an pada akhir Februari 2017.

“JKKN Sabah yakin bahawa keputusan ini akan meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat dengan menekankan kepentinga­n keselamata­n dan dalam masa yang sama, membantu perkembang­an ekonomi setempat berdasarka­n situasi ‘menang-menang’.

“Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan pertumbuha­n ekonomi yang berterusan untuk kesejahter­aan rakyat dan tetap mengutamak­an kepentinga­n untuk menjaga keselamata­n rakyat dan negeri Sabah pada keseluruha­nnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUSA ketika mempengeru­sikan mesyuarat JKKN Sabah di Kota Kinabalu, kelmarin.
MUSA ketika mempengeru­sikan mesyuarat JKKN Sabah di Kota Kinabalu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia