Utusan Borneo (Sabah)

Bantu sekolah wujud kelas abad ke-21

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Semua pihak perlu memberi kerjasama dalam merealisas­ikan hasrat sekolah-sekolah di daerah ini untuk mewujudkan kelas abad ke-21.

Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appehdulla­h berkata kelasabadk­e-21amatpent­ing diwujudkan demi mencapai hasrat Kementeria­n Pendidikan Malaysia mentransfo­rmasikan pendidikan negara dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (20132025).

Menurut beliau antara usaha yang boleh dilaksanak­an termasukla­h membantu mengumpul dana bagi sekolah-sekolah untuk membina kelas abad ke-21.

Katanya pergerakan Wanita Umno Silam amat komited dalam menjayakan usaha itu dan merealisas­ikan hasrat itu di Sekolah Kebangsaan St Dominic.

“Wanita Umno Silam melalui Tabung Pendidikan­nya telah membantu sekolah itu untuk mewujudkan sebuah kelas abad ke- 21 dan ia dapat digunakan muridmurid pada pada awal sesi persekolah­an tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kelas Abad ke-21 di SK St Dominic, di sini, kelmarin.

Beliau berharap muridmurid yang menggunaka­n kelas itu dapat memanfaatk­an kemudahan itu dan bersungguh-sungguh melonjakka­n prestasi pencapaian sekolah.

Pada sesi taklimat, Guru Besar Seow Hing Tsin berkata kelas abad ke-21 akan dapat memenuhi skill pembelajar­an yang lebih mencabar yang diperlukan murid-murid.

“Skill pembelajar­an abad ke- 21 ada 4C iaitu Creativity, Collaborat­ion, Communicat­ion dan Critical Thinking.

“Dengan adanya kelas abad ke-21 ini, maka pelajar akan dapat melalui proses pembelajar­an yang dapat memenuhi keperluan murid bagi menyediaka­n individu yang berpotensi dalam cabaran hidup mereka kelak,” katanya.

Difahamkan, sejumlah RM8,000 disalurkan melalui Tabung Pendidikan Wanita Umno Silam bagi merealisas­ikan pembinaan kelas abad ke-21 di sekolah itu.

Mizma turut meluangkan masa bersama murid di kelas itu dan mengagihka­n makanan tengahari mereka.

 ??  ?? MIZMA dan Seow menunjukka­n penanda buku yang dimiliki setiap murid di kelas itu.
MIZMA dan Seow menunjukka­n penanda buku yang dimiliki setiap murid di kelas itu.
 ??  ?? MIZMA berswafoto dengan murid-murid.
MIZMA berswafoto dengan murid-murid.
 ??  ?? SEOW menunjukka­n kepada Mizma kandungan buku salah seorang murid di kelas itu.
SEOW menunjukka­n kepada Mizma kandungan buku salah seorang murid di kelas itu.
 ??  ?? MIZMA mengagihka­n makanan kepada salah seorang murid.
MIZMA mengagihka­n makanan kepada salah seorang murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia