Utusan Borneo (Sabah)

Pelancong China penyumbang terbesar

Peningkata­n pelawat ke pulau-pulau di Sabah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN DR JAMILI NAIS Pengarah Taman-Taman Sabah ( TTS)

Tiada pecahan dari segi jumlah pengunjung mengikut negara yang direkodkan kerana statistik pelancong ke pulau-pulau di bawah kendalikan TTS hanya dipecahkan mengikut warganegar­a Malaysia dan juga bukan warganegar­a Malaysia.

KOTA KINABALU: Kedatangan pelancong China yang naik secara mendadak pada tahun lalu dilihat antara penyumbang terbesar kepada peningkata­n kedatangan pelancong ke pulau-pulau sekitar Sabah.

Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS) Dr Jamili Nais berkata keadaan itu amat berbeza berbanding dua tahun sebelumnya.

Katanya sejak insiden kehilangan pesawat MH370 yang dijadualka­n tiba di Beijing, China pada 8 Mac 2014, jumlah pelancong China di negeri ini menurun. Akan tetapi, jumlah itu memperliha­tkan peningkata­n drastik pada tahun lalu.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sebelum ini dipetik berkata kedatangan pelancong China di Sabah bagi tempoh Januari-September 2016 meningkat sebanyak 46.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia diikuti dengan pelancong Korea yang meningkat 45.2 peratus dan Taiwan dengan peningkata­n 26.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2015.

Sementara itu, Jamili berkata kedatangan pengunjung ke Taman Tunku Abdul Rahman (TTAR) pada tahun lalu adalah seramai 475,807 orang berbanding 396,097 pada 2015.

Daripada jumlah itu, katanya, pengunjung teramai direkodkan di Pulau Sapi dengan seramai 189,458 orang pengunjung berbanding 161,761 orang pada 2015. Ia diikuti dengan pengunjung di Pulau Manukan dengan 152,616 orang berbanding 122,070 pada 2015.

“Untuk pengunjung ke Pulau Mamutik pula, pada tahun lalu terdapat 111,471 orang yang datang ke Pulau Mamutik berbanding 96,519 pada tahun sebelumnya. Manakala, untuk pengunjung ke Pulau Gaya, Padang Point pula mencatatka­n seramai 16,407 orang pada tahun lalu berbanding 10,548 pada tahun sebelumnya.

“Bagaimanap­un, tiada pecahan dari segi jumlah pengunjung mengikut negara yang direkodkan kerana statistik pelancong ke pulaupulau di bawah kendalikan TTS hanya dipecahkan mengikut warganegar­a Malaysia dan juga bukan warganegar­a Malaysia,” katanya.

Jamili berkata selain pengunjung ke pulau-pulau di bawah TTAR, peningkata­n ketara juga dapat dilihat dari jumlah pengunjung ke Taman Marin Tun Sakaran, Semporna.

Pada tahun lalu, kedatangan pengunjung ke taman marin itu adalah seramai 112,810 orang berbanding 90,090 pada tahun 2015.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia