Utusan Borneo (Sabah)

Adun Sungai Air Tawar meninggal dunia

- KAMAROL

SABAK BERNAM: Anggota Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik, 58, meninggal dunia di kediamanny­a di sini kelmarin.

Pemandunya, Mohd Sufaat Salimin berkata, kematian Kamarol Zaki disedari kira- kira pukul 8 pagi ini ketika beliau mahu mengambiln­ya untuk menghadiri satu program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan kelmarin.

Menurut Mohd Sufaat, menyedari Allahyarha­m tidak keluar dari kediamanny­a, beliau terpaksa bertindak memecahkan pintu dan menemui Kamarol Zaki terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu kediamanny­a.

Allahyarha­m merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Air Tawar.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahka­n kematian Kamarol Zaki, namun tidak dapat memberikan maklumat lanjut ketika ini.

Pada pilihan raya umum lepas, Kamarol Zaki yang mewakili Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubunga­m UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata UMNO Selangor kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat.

Noh merakamkan ucapan takziah kepada semua anggota keluarga dan kepimpinan UMNO Sabak Bernam atas pemergian Allahyarha­m.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman pula berkata Allahyarha­m dikenali sebagai seorang yang peramah dan sentiasa aktif dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sewaktu hayatnya. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia