Utusan Borneo (Sabah)

Bayaran BR1M pada bulan Februari, Jun dan Ogos

- ROSLAN Oleh SURAIDAH

KOTA KINABALU: Jadual pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) yang dipaparkan melalui laman web rasmi ebr1m. hasil. gov. my memperliha­tkan pembayaran BR1M akan dilakukan pada Februari, Jun dan Ogos.

Pembayaran sebanyak tiga kali itu adalah bagi isi rumah berpendapa­tan bulanan RM3,000 dan ke bawah, dan isi rumah berpendapa­tan RM3,001-4,000.

Untuk individu yang berpendapa­tan bulanan RM2,000 dan ke bawah pula akan menerima bayaran BR1M pada Februari.

Ia tidak seperti yang diviralkan melalui akaun Facebook ‘Bantuan Rakyat 1Malaysia 2017’ yang menyatakan BR1M 2017 akan mula dibayar ke akaun bermula 15 Januari 2017.

Dalam laman web rasmi BR1M juga terdapat senarai laman sesawang palsu yang dikenalpas­ti oleh Kementeria­n Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Laman sesawang palsu berkaitan BR1M dalam media sosial yang dikenalpas­ti adalah seperti http://www. bantuan rakyat 1 malaysia. com; http://facebook.com/ BR1M3; dan http://www/ br1m2017.com.

BR1M yang mula diperkenal­kan pada Januari 2012 sentiasa menjadi perdebatan hangat antara pembangkan­g dan Barisan Nasional.

Terbaru, cadangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengekalka­n BR1M disifatkan sebagai bukti bahawa pemberian BR1M bukan rasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik berkata pada 26 Disember lalu, Tun Mahathir pernah membuat kenyataan kononnya pemberian BR1M itu rasuah dan salah di sisi undang-undang.

Namun, nadanya berubah apabila Tun Mahathir menyatakan bahawa pembangkan­g sanggup mempertimb­angkan pemberian BR1M jika pembangkan­g menerajui kerajaan nanti. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia