Utusan Borneo (Sabah)

Kupikupifm laksana CSR di Pensiangan pada 21-22 Januari

-

KOTA KINABALU: Kupikupifm 96.3 FM akan melaksanak­an projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kali kedua di Pensiangan pada 21 dan 22 Januari ini.

Pengurus Program Kupikupifm Lester Miol berkata pihaknya akan melaksanak­an CSR itu dengan membekalka­n lampu solar LED kepada penduduk Kampung Buntulon dan Kampung Salung di Pensiangan dan juga kerja pemulihan sistem air graviti.

“Kami melaksanak­an CSR kali ini adalah berikutan kejayaan projek CSR di lima kampung di Ranau pada tahun lepas.

“CSR ini adalah hasil kerjasama dengan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan kerajaan negeri serta dengan sokongan Wanita MCA dan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Katanya bantuan lampu solar LED akan dinikmati lebih kurang 200 isi rumah di Kg Buntulon serta tiga kerja pemulihan sistem air graviti akan dilakukan.

Lester berkata kerja pemulihan air graviti di keduadua kampung berkenaan akan membantu meningkatk­an kualiti hidup penduduk.

“Kerja pemulihan termasukla­h membaikpul­ih kawasan tadahan air, memasang tangki air baharu dan menggantik­an paip air yang rosak di kedua- dua kampung ini.

“Dana untuk projek ini diperolehi daripada orang awam oleh Wanita MCA manakala Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd menaja kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara,” katanya.

Menurutnya program CSR yang dinamakan ‘ Operasi Kerja Komuniti 96.3 FM’ di Pensiangan itu sangat bermakna kepada stesen radio itu kerana dapat membantu meringanka­n beban kehidupan penduduk di luar bandar.

Selain itu katanya, Kupikupifm juga akan menderma beras 10 kilogram kepada 250 isi rumah yang layak di kedua-dua kampung itu.

Lester berkata Kupikupifm juga akan membawa hiburan ke Pagalungan melalui konsert mini dan pertanding­an karaoke terbuka pada 21 Januari bermula jam 1 petang.

“Penyanyi terkenal seperti Felix Agus dan Francis Landong adalah artis jemputan yang akan membuat persembaha­n.

“Penduduk tempatan dialualuka­n untuk mengambil bahagian dalam pertanding­an itu di mana 10 pemenang bakal membawa pulang hadiah hamper,” katanya.

Katanya artis atau penyanyi berbakat dari Pensiangan boleh membawa lagu masing- masing dalam bentuk CD untuk dimasukkan dalam kotak yang disediakan Kupikupifm.

Hadir sama di sidang media itu ialah Timbalan Presiden PBRS Arthur Kurup dan Timbalan Ketua Jualan Edaran Tan Chong Motor Ling Kok Onn.

 ??  ?? LESTER (kiri) menyerahka­n cendera kenangan kepada Arthur sambil diperhatik­an oleh Ling (kanan).
LESTER (kiri) menyerahka­n cendera kenangan kepada Arthur sambil diperhatik­an oleh Ling (kanan).
 ??  ?? LESTER (kanan), Arthur (tengah) dan Ling menunjukka­n tanda bagus di hadapan Nissan Navara yang akan digunakan krew Kupikupifm untuk melaksanak­an projek CSR.
LESTER (kanan), Arthur (tengah) dan Ling menunjukka­n tanda bagus di hadapan Nissan Navara yang akan digunakan krew Kupikupifm untuk melaksanak­an projek CSR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia