Utusan Borneo (Sabah)

Miliki dadah: Tiga lelaki dihukum penjara

-

KOTA KINABALU: Tiga lelaki antaranya seorang warga asing dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan memiliki dadah.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap Chong Cheng Hau, Azmi Jim dan Richard David selepas mengaku bersalah.

Azmi, Chong dan Richard masing- masing dikenakan penjara 18 bulan, setahun dan lapan bulan yang mana disabitkan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tempoh lima tahun, atau dengan kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan, Chong berada dalam kawalannya dadah seberat 0.33 gram, manakala Azmi dan Richard masing-masing seberat 0.41 gram dan 0.22 gram.

Kesalahan itu dilakukan pada 11 November hingga 2 Disember tahun lalu di Taman Perdana Manggatal, tepi jalan Bundusan dan Lembaga Padi, Jalan Tuaran, di sini.

Mahkamah memerintah­kan mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap.

Cindy juga mengarahka­n Azmi dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah tamat tempoh penjara, bagi tindakan selanjutny­a.

Sementara itu, dua lagi lelaki dikenakan denda dan penjara selepas mengaku bersalah memasukkan dadah ke dalam badan.

Mahkamah mengenakan denda sebanyak RM2,300 atau penjara enam bulan ke atas Stanly Chong, manakala Mohd Nur Ramdan dikenakan penjara lapan bulan.

Kedua- dua tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 13 dan 27 September tahun lalu, di balai polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Penampang.

Untuk itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tempoh dua tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia