Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan menjelang perayaan cukup Mengikut pengiraan jumlah bekalan minyak masak yang dikeluarka­n, ia sepatutnya mencukupi untuk pengguna. Masalah kekurangan bekalan ini berpunca daripada tindakan segelintir peniaga yang menyorokka­n bekalan berkenaan. Jus

Lapor kepada pihak berkuasa jika ada peniaga sorok minyak masak

- DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

KOTAK INA BALU: Kerajaan yakin bekalan komoditi khususnya minyak masak menjelang perayaan Tahun Baharu Cina mencukupi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata walaupun ada laporan kekurangan bekalan minyak masak, namun isu berkenaan masih terkawal.

“Mengikut pengiraan jumlah bekalan minyak masak yang dikeluarka­n, ia sepatutnya mencukupi untuk pengguna.

“Masalah kekurangan bekalan ini berpunca daripada tindakan segelintir peniaga yang menyorokka­n bekalan berkenaan.

“Justeru, pengguna perlu bertindak bijak dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika didapati manamana pihak yang menyorokka­n bekalan minyak masak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Makan Tengahari Bersama Media Sempena Tahun Baharu Cina di sini, kelmarin.

Yahya berkata isu kekurangan bekalan barangan menjelang perayaan bagi kawasan Kota Kinabalu dan beberapa daerah lain di negeri ini masih terkawal.

Dalam pada itu, jelasnya isu larangan eksport ikan segar hanya melibatkan ikan yang baru ditangkap.

Menurutnya tiada larangan untuk eksport ikan hidup dan makanan laut beku.

“Larangan eksport yang dibuat itu adalah untuk memastikan pengguna di negeri ini dapat bekalan ikan segar yang berkualiti.

“Kalau ikan-ikan yang baru ditangkap terus dieksport, ia sudah tentu menyusahka­n pengguna tempatan dan harga ikan akan menjadi mahal,” katanya.

 ?? - Foto oleh Azman Jumat, Jabatan Penerangan Sabah ?? JINAK: Tupai Liar ini sanggup makan di tapak tangan salah seorang pengunjung di Pintu Timpohon Taman Kinabalu. Si kecil comel ini akan mengintai dari jauh kalau ada manusia yang sudi memberi makanan kepada beberapa ekor tupai yang lain. Tapi yang...
- Foto oleh Azman Jumat, Jabatan Penerangan Sabah JINAK: Tupai Liar ini sanggup makan di tapak tangan salah seorang pengunjung di Pintu Timpohon Taman Kinabalu. Si kecil comel ini akan mengintai dari jauh kalau ada manusia yang sudi memberi makanan kepada beberapa ekor tupai yang lain. Tapi yang...
 ??  ?? YAHYA (lima dari kanan) bersama Setiausaha Politik Yahya, Ewon Benedick (tiga dari kanan) dan ketua-ketua pengarang akhbar menggaul ‘Yee Sang’ di majlis itu.
YAHYA (lima dari kanan) bersama Setiausaha Politik Yahya, Ewon Benedick (tiga dari kanan) dan ketua-ketua pengarang akhbar menggaul ‘Yee Sang’ di majlis itu.
 ??  ?? SETIAUSAHA Akhbar Yahya, Liaw Sin Kuang (kanan) bersama tetamu dan pengamal media menggaul Yee Sang.
SETIAUSAHA Akhbar Yahya, Liaw Sin Kuang (kanan) bersama tetamu dan pengamal media menggaul Yee Sang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia