Utusan Borneo (Sabah)

Anjing liar jejas Pekan Ranau

Dikhuatiri ancam keselamata­n orang ramai

- Pegawai Daerah Ranau

RANAU: Kehadiran anjing liar di sekitar Pekan Ranau kini di tahap membimbang­kan kerana dikhuatiri mengancam keselamata­n orang ramai terutama kanak-kanak.

Anjing liar berkenaan kerap berlegar- legar di kawasan tumpuan awam termasuk di kaki lima beberapa premis bank di sekitar pekan.

Menurut beberapa pelanggan yang ditemui, keadaan itu jika tidak ditangani boleh mengundang bahaya pada bila-bila masa kepada orang ramai yang lalu-lalang setiap masa.

Salah seorang warga pekan Thomas Lawandi, 48, berkata kebimbanga­n orang ramai terhadap kehadiran haiwan liar yang boleh mengancam nyawa itu berasas kerana haiwan liar terbabit boleh bertindak agresif.

Noriah Moktar, 44, berkata kehadiran anjing liar secara berkumpula­n yang berkeliara­n di sekitar pekan setiap hari boleh memudaratk­an jika tidak diberi perhatian kerana haiwan itu boleh menerkam dan menggigit mangsanya.

“Pelbagai kemungkina­n boleh berlaku berikutan kehadiran haiwan liar itu jika tidak diatasi segera oleh pihak berkenaan, malah berisiko mendapat penyakit berbahaya seperti penyakit anjing gila,” katanya.

Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin ketika ditemui memberitah­u pihaknya menghadapi kesukaran menyelesai­kan masalah itu kerana belum ada jalan yang terbaik untuk menanganin­ya.

“Kita hidup dalam satu komuniti besar dan perlu diingatkan bahawa kawasan awam bukanlah tempat di mana haiwan peliharaan boleh dilepaskan dengan sew enangw ena ngnya.

“Apa yang kita dapat cadangkan ialah supaya para pemilik anjing tidak sesuka hati melepaskan anjing mereka. Jika mereka mahu pelihara anjing, biarlah binatang itu terkawal,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya memohon lesen daripada pihak berkuasa tempatan jika ingin memelihara anjing.

Kita hidup dalam satu komuniti besar dan perlu diingatkan bahawa kawasan awam bukanlah tempat di mana haiwan peliharaan boleh dilepaskan dengan sew enangwen angnya. A payang kita dapat cadangkan ialah supaya para pemilik anjing tidak sesuka hati melepaskan anjing mereka. Jika mereka mahu pelihara anjing, biarlah binatang itu terkawal.

 ??  ?? BEGINILAH keadaan kaki lima di beberapa premis di Pekan Ranau yang dihuni oleh anjing-anjing liar. NORIAH FAIMIN KAMIN
BEGINILAH keadaan kaki lima di beberapa premis di Pekan Ranau yang dihuni oleh anjing-anjing liar. NORIAH FAIMIN KAMIN
 ??  ?? KEHADIRAN anjing liar di sekitar pekan mengundang bahaya kepada awam terutama sekali kanak-kanak.
KEHADIRAN anjing liar di sekitar pekan mengundang bahaya kepada awam terutama sekali kanak-kanak.
 ??  ?? THOMAS
THOMAS
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia