Utusan Borneo (Sabah)

Pengarah Penguat kuasa DBKL yang baharu utamakan konsep 3E

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) akan terus memperkasa­kan konsep 3E bagi membolehka­n jabatan itu melaksanak­an usaha transforma­si untuk melaksanak­an tugas dengan lebih dinamik.

Demikian prinsip utama yang dikongsi Pengarah Jabatan Penguatkua­saan DBKL Ab Salim Mansor yang dilantik hari ini bagi menggantik­an Mustafa Mohd Nor yang berpindah ke Jabatan Sumber Manusia DBKL.

Konsep 3E itu adalah mengenai Pendidikan, Perhubunga­n dan Penguatkua­saan.

Ab Salim, 59, berkata, beliau sering memberi keutamaan kepada disiplin dan tingkah laku anggota dan pegawai penguat kuasa agar mereka menjalanka­n tugas dengan lebih efisien dan tangkas.

“Masyarakat sekarang mahukan sesuatu yang terbaik, oleh itu kita kena beri mereka perkhidmat­an yang terbaik dan itu yang saya akan buat,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas, di sini kelmarin.

Ab Salim berkata beliau juga memandang serius beberapa isu yang perlu diberikan perhatian seperti masalah penjaja haram, pengotoran bandaraya dan juga kesalahan lalu lintas yang perlu ditangani segera.

Katanya, beliau akan menjalanka­n tugas dengan sebaik mungkin agar penduduk Kuala Lumpur berada dalam keadaan selesa dan sejahtera.

Ab Salim telah berkhidmat dengan DBKL kira- kira 35 tahun bermula sebagai pegawai perhubunga­n media DBKL pada 1982.

Jawatan terakhir beliau sebelum ini ialah sebagai Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelanconga­n, dan Sukan DBKL. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia