Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia hormati keputusan Singapura kenakan caj jalan raya

-

KUALA LUMPUR: Malaysia menghormat­i keputusan Singapura memperkena­lkan Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) kepada semua kenderaan yang berdaftar di luar negara itu mulai 15 Feb depan, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Malaysia akan terus berbincang dengan Singapura berhubung keputusann­ya sebagai timbal balas terhadap Caj Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 bagi sekali masuk yang dikenakan terhadap kereta yang memasuki Johor mulai 1 Nov 2016.

“S ingapura memperkena­lkan Permit Masuk Kenderaan ( VEP) pada 1973, kami tidak membalas dan kemudianny­a, kami berpendapa­t kami perlu memperkena­lkan caj jalan raya.

“...dan hari ini apabila Singapura mengumumka­n mereka mahu mengikut jejak langkah Malaysia berhubung caj jalan raya, kami ingin mereka tahu bahawa kami sebenarnya berbeza namun kami hormati keputusan mereka,” katanya selepas merasmikan Ekspo Arca oleh Ch’ng Huck Theng di sini, malam kelmarin.

Liow berkata VEP yang diperkenal­kan oleh Malaysia hanya memerlukan pemilik kenderaan asing untuk membayar yuran pendaftara­n sebanyak RM10 selama lima tahun.

Beliau berkata tiada diskrimina­si ke atas kenderaan Singapura memandangk­an caj yang sama juga akan dilaksanak­an di sempadan Thailand, Brunei dan Indonesia.

Lembaga Pengangkut­an Darat Singapura (LTA) hari ini mengumumka­n semua kereta yang berdaftar di luar negara perlu membayar RRC sebanyak S$6.40 setiap kali memasuki republik itu sama ada melalui Pusat Pemeriksaa­n Tuas atau Woodlands.

Menurut LTA, RRC itu akan dikutip bersamasam­a VEP, bayaran tol dan bayaran tetap Kadar Bayaran Elektronik (ERP) sebelum meninggalk­an Pusat Pemeriksaa­n Tuas atau Woodlands.

Sementara itu, Liow berkata siasatan berhubung insiden MH17 akan dilanjutka­n sehingga 2018.

“Kita akan menyertai sepenuhnya dalam pasukan siasatan bersama dan kita masih gigih dalam penyiasata­n.

“Sebenarnya, kita sudah mendapat laporan awal dan kita akan teruskan siasatan mengenainy­a,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia