Utusan Borneo (Sabah)

Jualan persiapan Tahun Baharu Cina bermula Khamis depan

-

KOTA KINABALU: Jualan persiapan akhir Tahun Baharu Cina di Pasar Besar Kota Kinabalu akan bermula 26 Januari ini.

Seminggu sebelum perayaan itu, aktiviti perniagaan di pasar berkenaan berjalan seperti biasa namun agak lengang.

Kelihatan beberapa peniaga sahaja ada menjual buah yang sinonim dengan perayaan berkenaan seperti limau mandarin.

Ome Chou, 55, salah seorang peniaga di Pasar Besar Kota Kinabalu berkata seperti tahun- tahun sebelumnya, jualan barangan keperluan untuk Tahun Baharu Cina akan bermula beberapa hari sebelum sambutan perayaan itu.

“Kebiasaann­ya, lorong luar atau kaki lima sepanjang pasar ini akan dipenuhi peniaga yang menjual keperluan Tahun Baharu Cina selama dua hari sebelum perayaan.

“Namun, buat masa ini ramai pelanggan akan membeli limau mandarin. Setiap tahun mereka akan menjual peralatan yang sinonim dengan perayaan berkenaan.

“Sekarang ini, kami sedang menunggu bekalan peralatan yang akan sampai pada minggu depan seperti pokok limau dan perhiasan dinding, dan sudah semestinya limau mandarin,” katanya.

Beliau yang sudah berjualan selama 35 tahun di pasar itu dibantu oleh isterinya Chung Kym, 55, dan dua pekerjanya.

Bagi Fong Laiyee, 62, jualan barangan persiapan akhir Tahun Baharu Cina itu kebiasaann­ya ditetapkan dua hari sebelum perayaan.

Katanya bukan sahaja perayaan Tahun Baharu Cina, tetapi persiapan akhir perayaan lain juga akan berlangsun­g dua hari sebelum perayaan.

“Ini adalah untuk di kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu sahaja. Bagi kawasan jualan lain dan kedai-kedai jualan mungkin sudah bermula lebih awal,” katanya.

Tambahnya, seperti tahuntahun sebelumnya, beliau akan menjual daun limau dan serai.

“Daun limau dan serai kebiasanny­a akan dicari oleh pelanggan-pelanggan untuk membuat mandian pada perayaan nanti bagi membuang bala.

“Selain itu, perh iasanperhi­asan lain juga dijual seperti bunga- bunga yang diimport ,” katanya.

Menurutnya jualan bagi persiapan akhir perayaan berkenaan akan bermula seawal empat hingga lima pagi lagi.

Sementara itu, Eliza Goh berkata kebiasaann­ya mereka akan membuat persiapan akhir Tahun Baharu Cina sehari sebelum perayaan.

Manakala, persiapan lain pula bermula sebulan sebelum perayaan itu.

“Biasanya, persiapan akhir adalah seperti menyediaka­n kuih muih, keropok, mencuci dan menukar langsir, mengemas rumah dan memasang hiasan yang sudah dibeli.

“Tidak lupa juga, sebelum Tahun Baharu Cina, kami akan membeli daun limau dan serai (untuk mandian) di pasar besar ini atau pasar malam,” tambahnya.

 ??  ?? KAKI lima sepanjang Pasar Besar Kota Kinabalu menjadi tempat berjualan persiapan akhir setiap kali perayaan tiba.
KAKI lima sepanjang Pasar Besar Kota Kinabalu menjadi tempat berjualan persiapan akhir setiap kali perayaan tiba.
 ??  ?? OME menunjukka­n limau mandarin yang dijualnya.
OME menunjukka­n limau mandarin yang dijualnya.
 ??  ?? FONG menyusun buah-buahan yang di gerainya.
FONG menyusun buah-buahan yang di gerainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia