Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Keluarga Sinakagon Aki Alan temukan sanak saudara

-

KOTA BELUD: Hari Keluarga Sinakagon Aki Alan yang julung kali diadakan telah berjaya mempertemu­kan sanak saudara keluarga itu yang telah lama terpisah kerana telah berpindah dan menetap di beberapa kawasan di daerah ini.

Walaupun dianjurkan secara sederhana namun sambutan Hari Keluarga Sinakagon Aki Alan yang diadakan di Padang IPS, Timbang Manggaris di sini, baru-baru ini, disambut dengan penuh meriah.

Kehadiran lebih 300 ahli keluarga di majlis itu membuktika­n adanya komitmen, kerjasama serta sokongan daripada ahli keluarga dalam usaha menyatukan keluarga itu di dalam satu rumpun Sinakagon Aki Alan.

Majlis Hari Keluarga itu telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (Tobisa) Muji Ampau.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Muji menggalakk­an penganjura­n hari keluarga seumpama itu sebagai satu usaha untuk mempertemu­kan sanak saudara yang sudah lama terpisah, selain dapat merapatkan lagi semangat persaudara­an kalangan ahli keluarga berkenaan.

Katanya golongan muda dalam keluarga itu berperanan penting memajukan keluarga berkenaan, oleh demikian mereka haruslah sentiasa bersedia memajukan diri dalam apa juga bidang yang diceburi.

Muji turut mengingatk­an ahli keluarga agar tidak melupakan asal-usul bangsa mereka dan hendaklah mengajar anakanak mereka berbahasa Dusun Tobilung supaya bahasa itu tidak pupus ditelan zaman.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur OmarGa tok berkata pertemuan hari keluarga yang julung kali diadakan itu membolehka­n ahli keluarga dapat dipertemuk­an semula setelah sekian lama terpisah kerana masing-masing telah berhijrah di beberapa kawasan di daerah ini.

“Kesempatan seumpama ini memberi peluang kepada ahli keluarga untuk bersamasam­a mengenali antara satu dengan yang lain bagi tujuan mengeratka­n lagi silaturahi­m.

“Majlis seumpama ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang dan akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi keluarga Sinakagon Aki Alan,” katanya.

Sehingga ke hari ini, keturunan mendiang Aki Alan telah tersebar di beberapa kawasan penempatan masyarakat Tobilung khususnya di Kg Kukut, Kg Timbang Menggaris, Kg Sarang, Kg Timbang dan Kg Ulu dalam daerah Kota Belud.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli keluarga Sinakagon Aki Alan mengabadik­an gambar kenangan.
SEBAHAGIAN ahli keluarga Sinakagon Aki Alan mengabadik­an gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia