Utusan Borneo (Sabah)

Transforma­si penyampaia­n perkhidmat­an

Warga Perbadanan Labuan disaran kerja lebih cekap, berkesan

- DATUK ROZMAN ISLI Pengerusi Perbadanan Labuan

LABUAN: Perbadanan Labuan disaran terus melakukan usaha bagi meningkat dan mentransfo­rmasikan penyampaia­n perkhidmat­an, agar lebih cekap dan berkesan.

Ia untuk memastikan Perbadanan Labuan dilihat orang awam sebagai agensi peneraju dan berperanan penting.

Pengerusin­ya Datuk Rozman Isli berkata ke arah penyampaia­n perkhidmat­an yang berkualiti, kakitangan dan pegawai agensi itu perlu meningkatk­an penguasaan ilmu, kemahiran dan kompetensi.

“Pegawai dan kakitangan Perbadanan Labuan perlu meningkatk­an perkhidmat­an kepada rakyat di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labuan berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2017, di Ruang Lapang, Wisma Perbadanan Labuan, Isnin lalu.

Dalam ucapannya Rozman turut menekankan budaya ‘turun padang’ di peringkat pengurusan supaya dapat meninjau permasalah­an rakyat, selain mendengar dan melihat sendiri keperluan masyarakat di Labuan agar dapat memenuhi ekspektasi rakyat.

Selain itu, beliau juga menekankan seluruh warga Perbadanan Labuan harus memiliki sahsiah dan integriti yang utuh dalam melaksanak­an tugas seharian.

Katanya ia mampu menepis pandangan negatif di samping meyakinkan dan meningkatk­an kepercayaa­n orang awam, khususnya ke atas perkhidmat­an yang diberikan.

Dalam pada itu, Rozman juga mahu projek- projek pembanguna­n yang dikendalik­an Perbadanan Labuan, harus disegeraka­n dan mengelak berlaku kelewatan.

Jika perkara itu berlaku katanya, akan timbul rungutan dan tidak puas hati rakyat, sekaligus memberi imej tidak baik kepada kerajaan.

“Justeru, projek pembanguna­n yang dilaksanak­an perlu dipantau berterusan dan konsisten, serta memastikan tempoh siap kerja terlaksana dan tidak tersasar,” katanya.

Majlis perhimpuna­n itu dihadiri kakitangan dan pegawai Perbadanan Labuan serta Ahli Lembaga Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Bashir Alias serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Siti Maznah Ag Damit (Pengurusan), Mohd Zamri Mohd Isa ( Pembanguna­n) dan Haji Rithuan Haji Ismail (Perbandara­n).

Ke arah penyampaia­n perkhidmat­an yang berkualiti, kakitangan dan pegawai agensi itu perlu meningkatk­an penguasaan ilmu, kemahiran dan kompetensi. Pegawai dan kakitangan Perbadanan Labuan perlu meningkatk­an perkhidmat­an kepada rakyat di Wilayah Persekutua­n Labuan.

 ??  ?? ROZMAN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Maszanah Sazali, Setiausaha Majlis Bersama Jabatan dan wakil pekerja bagi Gred 29-38. Turut kelihatan Azhar (kanan) dan Bashir.
ROZMAN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Maszanah Sazali, Setiausaha Majlis Bersama Jabatan dan wakil pekerja bagi Gred 29-38. Turut kelihatan Azhar (kanan) dan Bashir.
 ??  ?? PEGAWAI Perbadanan Labuan melafazkan ikrar perkhidmat­an awam.
PEGAWAI Perbadanan Labuan melafazkan ikrar perkhidmat­an awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia