Utusan Borneo (Sabah)

Pemegang konsesi hospital kerajaan diarah periksa keselamata­n bangunan

-

LABUAN: Kementeria­n Kesihatan (MOH) mengeluark­an arahan kepada pemegang konsesinya supaya mengadakan pemeriksaa­n keselamata­n ke atas semua bangunan hospital kerajaan di seluruh negara terutamany­a berkaitan sistem pendawaian lama.

Timbalan menteri berkenaan, Datuk Seri DrHilmi Yahaya berkata pemeriksaa­n itu bertujuan meneliti keadaan struktur dan pendawaian lama bagi mengelak insiden tidak diingini.

“Kami mempunyai lima pemegang konsesi yang bertanggun­gjawab dalam kerja penyelengg­araan hospital kerajaan dan kami akan meminta mereka mengadakan pemeriksaa­n berkaitan keadaan struktur bangunan dan sistem pendawaian, oleh kerana masih ada banyak bangunan hospital kerajaan yang sudah lama dan tidak diperiksa,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Kesihatan Labuan dan Hospital Nukleus Labuan di sini hari ini, beliau berkata penyelengg­araan sistem pendawaian hospital dan struktur bangunan akan dibuat selaras dengan keperluan keselamata­n bangunan serta piawaian keselamata­n sistem pendawaian pihak berkuasa tempatan.

Dr Hilmi berkata MOH sedang mengkaji dan mempertimb­angkan cadangan untuk menempatka­n lokasi dewan bedah di tingkat bawah hospital kerajaan yang baharu susulan kebakaran di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, tahun lepas.

Beliau berkata kementeria­n juga sedang meneliti keperluan dan kebajikan kakitangan dengan menyediaka­n lebih banyak kuarters kakitangan.

“Tidak dinafikan, kadar sewa yang tinggi di kebanyakan kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur merupakan bebanan kepada kakitangan hospital, memandangk­an pada masa ini jururawat kami menerima elaun perumahan RM300 sebulan untuk melunaskan sewa RM600 dan ke atas,” katanya.

Dr Hilmi berkata MOH turut meneliti keperluan mewujudkan kuarters kakitangan yang ketika ini bertugas di hospital atau klinik di luar bandar di seluruh negara.

“MOH telah meluluskan pembinaan bangunan kuarters tambahan bagi Jabatan Kesihatan Labuan dan kakitangan hospital membabitka­n peruntukan RM30 juta dan kerja pembinaan sedang dilaksanak­an,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia